Bermacam-macam perangai yang dilakukan oleh setiap orang di seluruh dunia dan kadang-kadang perkara itu tidak masuk akal langsung.

Polis di Seville, Sepanyol baru-baru ini terpaksa menyelesaikan satu kes yang pelik ketika menahan dua kenderaan yang penuh dengan buah oren.

Seville

Ketika membuka pintu salah satu kereta yang ditahan itu, pihak polis terkejut apabila melihat begitu banyak buah oren melimpah keluar.

Ekoran kejadian itu, pihak polis menahan 5 lelaki yang disyaki mencuri buah oren dan memuatkannya ke dalam kenderaan mereka.

Seville

 

Polis sebelum itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila ternampak dua kereta secara tiba-tiba menukar arah sebaik melihat kereta peronda polis.

Selepas menahan, polis mendapati kereta itu dinaiki sepasang suami isteri dan anak yang dewasa manakala sebuah lagi kereta dinaiki dua lagi anak mereka.

Setelah disoal-siasat, kesemua tahanan enggan memberitahu dari mana mereka mengambil buah oren itu.

Seville

Namun, salah seorang pemandu memberitahu mereka datang dari tempat yang jauh dan mengutip buah oren sepanjang perjalanan mereka.

Maklumat diperolehi polis mendapati satu laporan telah dibuat kerana berlaku kecurian buah oren yang banyak di Carmona.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here