Bahan kimia yang digunakan dalam pembungkus makanan, saduran pada kuali tidak melekat dan pakaian didapati boleh merangsang peningkatan berat badan dengan mengganggu metabolisme, terutama dalam kalangan wanita.

Bahan kimia yang dikenali sebagai bahan perfluoroalkil (PFAS) sebelum ini turut dikaitkan dengan kanser, gangguan hormon, gangguan fungsi imun, paras kolesterol tinggi dan obesiti.

Kesihatan

Pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati, PFAS turut dikenali sebagai bahan ‘obesogen’ kerana mengganggu kawalan berat badan, dikaitkan dengan kadar metabolisme rehat yang rendah.

Individu yang mempunyai paras PFAS dalam darah yang tinggi juga dikesan mempunyai kadar metabolisme yang lebih perlahan selepas kehilangan berat badan.

Kesihatan

“Buat pertama kalinya, penemuan kami telah mendedahkan laluan baharu di mana PFAS mungkin mengganggu kawalan berat badan manusia dan menyumbang kepada masalah obesiti,” kata pembantu profesor di Fakulti Kesihatan Awam Harvard University, Qi Sun.

BACA JUGA :   Presiden US, Donald Trump Kini Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Israel

Hampir 60 tahun, bahan kimia tersebut didapati telah mencemarkan sumber air minuman yang terletak berhampiran tapak perindustrian, pangkalan tentera serta loji rawatan air kumbahan dan sukar disingkirkan dari badan.

Kesihatan

“Kami menjangkakan bahan kimia itu mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan seperti kanser tetapi nampaknya ia juga memainkan peranan dalam obesiti, masalah kesihatan utama yang dihadapi berjuta-juta orang di seluruh dunia.

“Penemuan ini menunjukkan bahawa mengelakkan atau me­ngurangkan pendedahan terhadap PFAS dapat membantu individu mengekalkan berat badan yang stabil setelah mereka berjaya menurunkan berat badan, terutama bagi wanita”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Anugerah Hak Asasi Manusia Aung San Suu Kyi Ditarik Semula

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here