Hm, nampaknya musim panas di Malaysia tiba kembali dan saya pasti bahawa anda semu pasti menyedarinya. Musim panas bermakna ia adalah peluang yang terbaik untuk berjemur dan bersuka-ria di tepi pantai. Jika anda tidak mengetahui, Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak pantai menarik yang boleh dilawati!
Di sini, saya ingin menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh anda. Menurut mereka yang sudah biasa melakukan aktiviti di sini, mereka menyatakan aktivitinya sungguh menarik dan masih ramai lagi yang tidak mengetahuinya.
Merasai Keseronokan Menaiki Gondola @ Yogyakarta
Terletak di Pantai Timang di Yogyakarta, Gondola Pantai Timang semestinya untuk mereka yang gemarkan keseronokan dan sesuatu yang mencabar.
Diperbuat dari tali, kayu dan kapi besi, sungguh unik! Anda perlu melihat melihatnya dengan sendiri.
Fakta menarik : Gondola ini sebenarnya digunakan untuk nelayan udang galah!
Anda akan duduk di atas gondola tersebut dan orang akan menggunakan kekuatan mereka untuk menarik dari satu arah kearah yang lain. Ketika anda menaiki gondola untuk sampai pada bahagian lain, bolehlah hayati keindahan laut dan keadaan sekeliling.
Nikmati Makanan Sambil Hayati Keindahan Alam Di Warung Turtle @ Kuta, Lombok
Jika anda memilih pantai sebagai tempat percutian, semestinya perkara yang paling penting adalah menikmati makanan tempatan di sesebuah negara.
Warung Turtle di Tanjung A’an menawarkan anda pelbagai jenis makanan tempatan Indonesia yang semestinya menjilat jari.
Dijalankan oleh seorang lelaki yang peramah, mereka menyediakan pelbagai jenis juadah seperti Nasi Goreng dan juga kentang dan sotong goreng. Apa yang membuatkan tempat ini menarik dan boleh dibuat sebagai kenangan adalah pemandangan yang sungguh indah!
Papan Luncur Yang Mempunyai Padel Di Pulau Mentawai @ Sumatera Barat
Pulau Mentawai sangat dikenali oleh mereka yang gemar meluncur kerana ombaknya. Mereka merasakan bahawa ombak di sana memberikan cabaran kepada mereka untuk meluncur.
Jika anda adalah seorang yang gemarkan meluncur, apa kata jika anda mencuba luncur air menggunakan padel. Lebih kurang dengan papan luncur cuma ia menyediakan padel, anda boleh menghayati keindahan Pulau Mentawai dengan tenang! Menarik bukan?
Istirahat Di La Plancha @ Seminyak, Bali
Kadang-kadang sukan air akan membuatkan anda penat, apa kata jika anda ambil masa untuk berehat dan menghayati keindahan laut? Terletak di Pantai Seminyak menawarkan pelbagai perkara dan makanan menarik!
Di sana juga menyediakan makanan laut segar yang dipanggang dan ala-ala makanan Sepanyol. Terdapat juga “beanbags” berwarna-warna, tanglung yang disediakan ala-ala Morocco dan lain-lain lagi.
Tunggang Unta @ Nusa Dua, Bali
Buat anda yang gemarkan sesuatu yang eksotik, bolehlah menunggang unta sambil menghayati keindahan pantai di Pantai Nusa Dua. Anda akan dipimpin apabila menunggang unta tersebut selama 30 minit atau 1 jam.
Terdapat pelbagai pakej yang disediakan dan sesetengahnya juga mengambil gambar perkahwinan mereka di menggunakan pakej yang disediakan.
Wah, sangat menyeronokkan! Apa yang ada tunggu lagi, jika anda mempunyai peluang untuk melancong. Pilihlah pantai di Indonesia sebagai salah satu tempat pilihan anda!
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com