badminton malaysia

Pasukan badminton Malaysia yang merupakan pemain pilihan negara gagal mengutip mata untuk dibawa pulang setelah tewas kepada pesaing mereka daripada Thailand.

 

Loading...

Gandingan badminton Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong telah melakukan kesilapan-kesilapan kecil dalam pertembungan menentang Thailand yang diawakili oleh Kittinupong Kedren bersama gandingannya Dechapol Puavaranokroh.

Kesilapan itu menyebabkan mereka tewas di gelanggang dalam pertemuan sulung kumpulan C.

Perlawanan sulung antara Malaysia – Thailand, mencatat keputusan akhir 21-16, 19-21, 20-22 bagi pasukan pertama negara, manakala pasukan kedua Yew Sin dengan gandingan mantap Teo Ee Yi turut sama kecundang kepada Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash 17-21, 11-21.

badminton malaysia
gambar hiasan

Pasukan pilihan negara itu diharapkan dapat membawa pulang mata kemenangan dalam perlawanan tersebut. Disebabkan mereka terlepas pandang dengan kesilapan-kesilapan kecil membolehkan pihak lawan menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin.

Selepas ini jurulatih Soon Kit juga akan berbincang dengan para pemain dan membuat analisis kerana V Shem – Wee Kiong adalah pasukan beregu terbaik negara.

badminton malaysia

Beliau turut berharap kepada pasukan negara untuk memenangi perlawanan seterusnya yang mana dijadualkan bertemu Myanmar dan seterusnya bertemu pasukan Taiwan pada Khamis ini.

Walaupun gagal dalam pertembungan pertama pada peringkat kumpulan C, jurulatih Soon Kit menyatakan gandingan itu tidak akan ditukarkan buat masa ini kerana ia bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Sebaliknya para pemain perlu terus memberi fokus untuk perlawanan seterusnya agar dapat memberi sumbangan dan menaikkan lagi sukan badminton Malaysia.

Soon Kit yang juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Atlanta 1996 berkata, fokus yang tinggi itu amat penting kerana apabila berada di gelanggang segalanya di atas bahu anda.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here