Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam setelah didapati bersalah membocorkan butiran akaun National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd kepada media kira-kira enam tahun yang lalu.

Rafizi

Secara terperinci, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dituduh membocorkan butiran akaun bank yang berkait dengan NFC kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan wartawan The Star, Erle Martin Carvalho pada 7 Mac 2012.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara pada 2010 mendedahkan NFC gagal mencapai sasarannya untuk membiak 8,000 baka lembu di Gemas, Negeri Sembilan selain beberapa kegagalan dalam menguruskan syarikat tersebut.

Pada 2011 pula, Rafizi mendedahkan pembelian unit kondominium mewah oleh NFC yang dimiliki oleh Mohamad Salleh Ismail, suami kepada ketua Wanita Umno iaitu Shahrizat Abdul Jalil.

Rafizi
Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Jalil

Pada November 2016, Rafizi kalah dalam saman fitnah dan diarah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada Salleh dan NFC kerana mendakwa pinjaman bank yang diambil oleh syarikat itu digunakan untuk membeli kondominium.

Dalam perbicaraan terbaru ini, Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap seorang bekas kerani bank iaitu Johari Mohamad kerana didapati bersubahat dengan Rafizi dalam melakukan kesalahan tersebut.

Rafizi
Rafizi dan Johari Mohamad

Hukuman dijatuhkan setelah mahkamah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah.  Pendakwaan dibuat oleh Timbalan pendakwaraya Lailawati Ali dan Steven Chin manakala Ahmad Nizam Hamid mewakili Rafizi dan Latheefa Koya mewakili Johari.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Manakala Johari didakwa di bawah Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta sama.

Rafizi

Walaubagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman terhadap kedua-dua mereka ditangguhkan dengan jaminan RM15,000. Peguamnya, Nizam memohon untuk dikurangkan hukuman kepada Rafizi manakala Latheefa memohon agar Johari tidak dipenjarakan kerana beliau tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada kebocoran akaun tersebut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here