Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChnag bakal berlangsung 9 Februari 2018 ini sehingga 25 Februari 2018. Justeru, Astro menyediakan dua saluran khas dalam versi definisi tinggi (HD) di saluran 823 dan 824 serta definisi biasa (SD) di saluran 821 dan 822 untuk sempena sukan olimpik tersebut.

Sukan Olimpik

Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan siaran langsung melalui Astro GO. Oleh itu, kepada para pelanggan pakej Sukan Astro, anda boleh menikmati dua saluran khas tersebut di Astro TV dan juga Astro GO.

Bagi pengguna Astro NJOI, anda boleh turut sama menikmati saluran khas tersebut dengan membuat akses melalui NJOI Prepaid dengan kadar bayaran sebanyak RM5.00 sahaja (termasuk GST).

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!

Pastinya ramai yang tak sabar untuk menyaksikan dua atlet negara Malaysia yang turut bertanding dalam acara luncur ais dan juga luncur salji pada edisi kali ini.

Sukan OlimpikSukan Olimpik

Dua orang atlet Malaysia tersebut adalah Julian Yee dan Jaffrey Webb. Julian Yee akan membuat penampilan dalam acara Luncur Ais pada 16 Februari pada jam 8.55 pagi, manakala Jaffrey Webb pula dalam Luncur Salji akan beraksi pada 18 Februari pada jam 9.10 pagi.

Siaran langsung untuk acara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang juga dapat disaksikan pada 9 Februari 2018 pada jam 7.00 malam waktu tempatan.

Sukan Olimpik
PyeongChnag 2018

Langganan boleh dibuat melalui saluran 200 atau terus melayari www.astro.com.my untuk turut menyaksikan secara ‘live’ sukan Olimpik tersebut.

BACA JUGA :   ASTRO DIBERI HAK EKSKLUSIF PENYIARAN EPL SELAMA 3 MUSIM!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Astro Awani

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here