Mungkin sudah jarang mendengar orang mencuci muka guna sabun mandi tapi jangan ambil mudah, mungkin masih ada lagi yang mengamalkannya. Kerana ada yang beranggapan mencuci muka itu sama seperti mencuci anggota badan yang lain. Alasannya ialah buat apa nak menghabiskan duit membeli pencuci muka jika sabun biasa juga bekerja sebagai mencuci.

sabun mandiNamun, tahukah anda bahawasanya tabiat ini akan memberikan masalah kepada kulit muka anda baik lelaki mahupun wanita. Antara sebab mengapa tidak boleh mencuci muka menggunakan sabun mandi adalah :

1)Mengganggu kadar PH
Kulit muka bersifat asid dan sabun pula biasanya bersifat alkali yang tinggi. Biasanya kadar PH kulit diantara 4 hingga 6.5 dan sabun pula tinggi alkali sehingga 7 keatas. Bila sabun yang tinggi alkali bertemu dengan kadar kulit yang tinggi asid boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.

sabun mandi

2)Kulit kering
Memang sabun mampu menghilangkan kesan kulit berminyak namun ia bukanlah sama seperti pencuci muka biasa. Formula sabun berbeza, ia menghilangkan kesan minyak, mengetatkan pori-pori tapi mengeringkan kulit dan mengganggu keseimbangan PH kulit wajah anda. Paling menakutkan, sabun menyahkan segala sumber semulajadi kulit wajah.

sabun mandi

3)Masalah kulit berlaku
Bahan kimia dalam sabun bukan sahaja mengeringkan kulit muka malah memberi kesan garis halus dan kedutan. Ini semua kerana formula sabun lebih kasar sesuai untuk membersihkan kulit badan tetapi bukan muka. Selain itu masalah kulit kusam dan acne break-out juga boleh berlaku.

sabun mandi

Jadi masih lagi nak mencuci muka anda dengan sabun mandi? Fikir-fikirkanlah.

Maka dari itu, pilihlah produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda agar keadaan wajah tidak semakin teruk.
sabun mandi

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Kaki Sini

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here