KWSPKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan lebih ramai pencarumnya akan menukar kepada Simpanan Shariah selepas ini, mulai 2018 dan seterusnya. Ini adalah disebabkan oleh dividen positif yang diumumkan untuk 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pengurus dana persaraan terbesar di Malaysia itu melihat pengumuman dividen pertama Simpanan Shariah sebanyak 6.40 peratus akan menjadi petunjuk kepada pencarum yang masih tidak pasti dengan prestasi dividen Simpanan Shariah untuk membuat keputusan menukar kepada simpanan berkenaan.

KWSP

Beliau berkata, setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan pencarum Simpanan Shariah adalah berjumlah RM68 bilion membabitkan kira-kira 700,000 pencarum.

“Kami jangka lebih ramai pencarum akan menukar kepada Simpanan Shariah selepas pengumuman dividen pertama.

BACA JUGA :   Buka Akaun Simpanan Dan Jana Pendapatan Sampingan Dengannya!

KWSP“Sejak pengumuman dividen Sabtu lalu, kaunter kami di Pantai Timur pada Ahad dan Lembah Klang hari ini (semalam), orang ramai mula datang untuk meninjau Simpanan Shariah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat Dividen KWSP 2017 di sini.

Mengenai sasaran jumlah pencarum Simpanan Shariah, Shahril Ridza berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang sasaran terhadap jumlah pencarum.

Apa yang pasti, tegasnya, pengurus dana persaraan itu memberi pilihan produk kepada pencarum dan terpulang kepada mereka untuk memilihnya.

Mengulas mengenai dividen Simpanan Shariah tahun lalu yang lebih rendah berbanding Simpanan Konvensional, Shahril Ridza berkata, Simpanan Shariah memperoleh pendapatan mengikut bahagiannya dalam aset Syariah, manakala Simpanan Konvensional, sebanyak 38 peratus diperoleh daripada aset Syariah dan 62 peratus daripada aset bukan Syariah.

BACA JUGA :   Buka Akaun Simpanan Bersama Tycoon Group Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah.

Beliau berkata, pulangan bagi Simpanan Konvensional ditingkatkan oleh pendapatan daripada pelaburan bukan Syariah berikutan peningkatan prestasi saham perbankan sedunia,manakala Simpanan Shariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvensional memandangkan ia tidak patuh Syariah.

Di samping itu, jelasnya, rosot nilai ekuiti daripada saham patuh Syariah terutama sektor minyak dan gas serta komunikasi mengurangkan pendapatan portfolio Syariah KWSP.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here