Golongan ibu tunggal diseru untuk bangkit membela nasib diri  dan keluarga untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan. Golongan ibu tunggal juga perlu bijak merebut peluang yang disediakan kerajaan agar status mereka tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini kerana hanya diri mereka yang boleh melakukan perubahan ke arah kebaikan, manakala pihak lain dan kerajaan hanya mampu membuka peluang dan ruang memberikan bantuan dan sokongan kepada golongan tersebut.

Menurut beliau, kita dapat lihat ada antara golongan ini usia belasan tahun sudah menjadi ibu tunggal. Namun, mereka sedaya upaya bangkit memajukan diri dan jadikan mereka contoh dan jangan rasa terpinggir. Kita harap golongan ibu tunggal tidak ketinggalan dalam apa jua arus pembangunan masa kini.

BACA JUGA :   Setelah PEMERKASA, PEMULIH Hadir Untuk Bantu Rakyat Semasa Pandemik

ibu tunggal

Menurut laporan dari BERNAMA, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, persatuan ibu tunggal di setiap negeri atau mana-mana pihak yang berkaitan diminta mengenal pasti golongan ini supaya membolehkan kerajaan membantu mereka mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

ibu tunggalAnggota Parlimen Masjid Tanah itu berkata usaha tersebut juga memudahkan golongan ibu tunggal berinteraksi serta mengusulkan cadangan atau permintaan kepada pihak kerajaan agar nasib golongan berkenaan terus dapat dibela.

Beliau berkata banyak isu yang dihadapi oleh ibu tunggal yang perlu dilihat dan diperjuangkan bersama, termasuk dari segi perundangan yang membabitkan soal perceraian.

“Dengan cara ini, mereka mampu mengubah nasib diri dan keluarga, lebih-lebih lagi membabitkan ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak kecil dalam bilangan yang ramai,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

BACA JUGA :   Kerajaan Nak Bagi Subsidi Bersasar Guna Kad Khas untuk B40

Kita dapat menyaksikan bahawa kerajaan tidak pernah sama sekali mengabaikan golongan ibu tunggal ini.

ibu tunggal

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here