Berikutan kekalahan mengejut JDT di tangan Kuala Lumpur, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu melupakan kekalahan tersebut pada aksi Liga Super dan memutuskan untuk mengalih tumpuan bagi meraih kemenangan dalam perlawanan pertama kumpulan H menentang kelab Indonesia, Persija bagi saingan Piala AFC 2018.
Safiq Rahim yang merangkap Kapten JDT berkata, kekalahan tersebut perlu dijadikan pemangkin untuk Harimau Selatan untuk bangkit semula daripada kekalahan tersebut dan memperbaiki segala kelemahan menjadi lebih baik pada perlawanan akan datang.
“Keputusan tersebut sudah menjadi sejarah buat JDT dan kita perlu perbaiki kelemahan untuk menjadi lebih kuat.
Mungkin itu salah satu pemangkin semangat untuk menjadi lebih baik dan cuba yang terbaik mengelak mengulangi kelemahan sebelum ini.
Harapan mereka tentunya menginginkan keputusan yang positif. Dalam apa kejohanan disertai, keputusan perlawanan pertama amat penting buat pasukan tambahan pula bila beraksi di laman sendiri.
Tambahnya lagi, mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan kerana Persija merupakan antara pasukan yang terkuat di Indonesia. Apa yang penting adalah mereka melakukan tugas dan mengikut taktik yang telah diterapkan oleh jurulatih dan memastikan tiga mata menjadi milik JDT.
Sementara itu, pemain Persija, Rudi Widodo menuntut rakan sepasukan untuk menampilkan aksi bertenaga bagi membuktikan kemampuan mereka kembali beraksi di pentas Piala AFC selepas 16 tahun.
Rudi menjangkakan pertembungan sengit pada perlawanan nanti. Dia juga mengakui bahawa JDT adalah pasukan yang hebat.
“Selepas 16 tahun tidak beraksi di pentas Piala AFC, inilah saatnya untuk tunjukkan bahawa Persija kelab besar yang sedia dari segi mental dan fizikal bagi nanti,” katanya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com