Siapa tidak mengenali Xiaomi yang merupakan syarikat berjenama besar di China, pengeluar produk telefon pintar yang sangat mendapat sambutan. Lebih menarik lagi apabila Xiaomi mula melebarkan sayap ke pasaran Eropah di Rusia.
Mi Store baru dibuka di Rusia itu menggegarkan syarikat gadjet lain yang mana kedai Xiaomi itu akan menjalankan operasinya sepanjang 24 jam bagi memudahkan para penggemar jenama Xiaomi untuk berkunjung ke kedai tersebut pada bila-bila masa.
Lokasinya yang terletak di Tverskaya Street di pusat bandar raya Moscow memang sangat sesuai da strategik malah merupakan tempat yang digemari oleh warga asing apabila berkunjung di sana.
Bukan sekadar beroperasi selama 24 jam sehari, tetapi juga mereka turut menawarkan perkhidmatan ketika musim cuti umum. Wow! sungguh menggalakkan masyarakat untuk berkunjung ke kedai elektronik tersebut, tidak kira waktu yang penting individu mempunyai masa lapang untuk berurusan.
“Lepas ni boleh lah bagi sesiapa yang berpeluang pergi ke Piala Dunia tu singgah ke Mi Store. Tak tidur semalaman pun boleh sebab diorang sentiasa tunggu kedantangan anda hihihi..”
Selain itu, kedudukannya yang strategik juga sangat digemari oleh pelancong beragama Islam dari rantau Asia Barat dan Asia Tenggara kerana ia berdekatan dengan mercu tanda ikonik, Masjid Cathedral, yang merupakan masjid terbesar di Rusia.
Masjid terkenal itu dapat menampung seramai 10,000 jemaah dan merupakan yang kedua terbesar di Eropah selepas Masjid Agung Rom. Ia juga telah dirasmikan oleh presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada tahun 2015.
Sungguhpun begitu, pembukaan Mi Store juga akan memeriahkan lagi kunjungan orang ramai di pentas Sukan Piala Dunia FIFA 2018 bakal disaksikan masyarakt dunia. Rusia juga yang akan menjadi tuan rumah dalam aksir terbesar dunia itu sudah bersiap sedia menerima kunjungan orang ramai.
Bersempena pembukaan Mi Store itu di Moscow, Xiaomi turut menawarkan jualan promosi beberapa jenis produk terbaharu mereka iaitu Mi Mix 2, Mi Note 2, dan Redmi 4K dengan tawaran diberikan sebanyak 20 peratus.
Sebagai informasi tambahan Xiaomi juga telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan merupakan pengeluar telefon pintar ketiga terbesar dunia. Apple dari Amerika Syarikat merupakan yang pertama dan diikuti jenama Samsung dari dari Korea Selatan.
Xiomi kini telah beroperasi di China sahaja dengan membuka sebanyak 220 cawangan Mi Store, juga turut membuka cawangan di Afrika Selatan, India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : mynewshub