Siapa sangka di sebalik ketandusan bumi Arab Saudi yang gersang dan berpadang pasir, wujud lembah menghijau dengan aliran sungai sepanjang tahun.

Kawasan ini sungguh cantik dan semestinya siapa yang berkesempatan untuk melawat ke sini pasti akan terpegun dengan keindahannya.

Arab Saudi

 

Buat anda yang gemarkan kawasan yang menghijau dan penuh dengan ketenangan. Kawasan ini adalah salah satu kawasan yang paling sesuai dengan anda.

Tempat ini adalah salah satu lembah paling indah di Arab Saudi yang dinamakan Wadi Al-Bardani. Tempat ini memberikan pemandangan hijau dan air yang mengalir dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan.

Arab Saudi

Lembah yang terletak di Bareq sebelah utara Mahayil Asir diberi sungai yang mengalir sepanjang tahun dari kota Al-Mashbah dan daerah lain di Asir.

BACA JUGA :   6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Jeddah Tower, Menara Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia

Aliran airnya menuju ke Wadi Baqrah. Dan kedua kota Bin Otyafa dan Al-Asrat berada di sekitar lembah tersebut.

Kedudukannya adalah di selatan Makkah dengan jarak sejauh 515 kilometer, manakala jaraknya dengan Madinah ialah 941 kilometer.

Arab Saudi

Dua bandar kecil Bin Otyafa dan al-Asrat terletak di sekeliling lembah ini. Bardani bermaksud ‘sebuah negeri yang dinaungi’.

Selain sungai, lembah ini juga terkenal dengan lahan hijau dan formasi pegunungan. Dikelilingi oleh lahan pertanian, dan gembala sering membawa kawanan mereka ke sana untuk beristirahat karena ada banyak tanaman hijau dan air.

Arab Saudi

Di dalam bahasa Arab Bardani secara harfiah berarti tanah nuansa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Isu Batal IMAMS : Ini Respon Mengejut Para Menteri

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here