Maxis Bhd merekodkan keuntungan selepas cukai RM2.086 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 5.5 peratus berbanding RM1.977 bilion tahun sebelumnya.

Ia disokong oleh peningkatan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pada tahun dikaji kepada RM4.597 bilion, berbanding RM4.5 bilion tahun sebelumnya, mencerminkan hasil yang lebih tinggi dan kesan positif dari inisiatif pengoptimuman kos.

Hasil perkhidmatan terus meningkat dalam pasaran yang sedang menurun, apabila mencatatkan pertumbuhan 0.8 peratus kepada RM8.525 bilion berbanding RM8.455 bilion tahun sebelumnya, disokong oleh peningkatan kukuh dalam perkhidmatan pasca bayar dan bersepadu.

Segmen pasca bayar menyumbang peningkatan sebanyak 4.2 peratus dengan hasil sebanyak RM4.117 bilion, didorong terutama oleh peningkatan dalam asas langganan, dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang tinggi dan stabil.

Pelan MaxisONE Maxis sudah melebihi dua juta pelanggan, menyumbang ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM117.

maxisSementara itu, hasil prabayar merosot sebanyak 3.7 peratus kepada RM3.849 bilion, berbanding RM3.997 bilion tahun sebelumnya, disebabkan oleh asas langganan yang lebih rendah.

Ini berikutan persaingan harga yang agresif, perpindahan pelanggan prabayar ke pasca bayar dan penyatuan SIM di pasaran.

Berikutan itu, Maxis terus memberikan fokus untuk mengekalkan dan mengembangkan pelanggan berkualiti, khususnya pengguna Internet mudah alih.

Maxis mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak lima sen bersih sesaham, menjadikan dividen tahun penuhnya sebanyak 20 sen sesaham bagi tahun 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, berkata 2017 adalah tahun yang kukuh dengan pelbagai pencapaian yang membanggakan.

“Kami sudah menambah bahagian pasaran bagi hasil dan juga keuntungan. Kami membangunkan rangkaian 4G LTE kami yang tidak dapat ditandingi sebagai rangkaian data terbaik dan terpantas di negara ini.

“Secara keseluruhannya, pelanggan kami menikmati lebih banyak lagi data berkualiti, produk menarik serta sambungan yang hebat. Kami amat berbangga kerana mencapai kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah direkodkan.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik ke arah cita-cita kami untuk mendigitalkan Maxis sepenuhnya. Secara keseluruhan, ini adalah satu penamat yang kukuh bagi satu tahun yang amat baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam usaha mengukuhkan pengalaman pelanggan, antara yang dicapai Maxis adalah peningkatan penembusan telefon pintar yang kini sudah mencapai 81 peratus berbanding 76 peratus tahun lalu.

maxis

Rangkaian 4G LTE Maxis adalah yang paling luas di negara ini, dengan liputan penduduk sebanyak 92 peratus.

Bagi memastikan pelanggan terus menikmati pengalaman pelayaran mudah alih terbaik, Maxis melabur RM1 bilion pada tahun lalu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here