Kali ini saya ingin menceritakan kisah yang sedikit lain dari sebelumnya. Adakah anda pernah mendengar kisah burung sebenar jatuh cinta terhadap patung burung?
Jika tidak, nampaknya kali ini kisah ini terjadi di New Zealand. Perkara ini dikatakan mustahil tetapi kemungkinan ia adalah benar.
Seekor burung laut, Nigel, yang digelar ‘burung paling sepi di dunia’ kerana jatuh hati dengan patung burung diperbuat daripada batu di Pulau Mana, di pantai Wellington, New Zealand.
Pada hujung bulan lalu, Nigel disahkan mati selepas beberapa tahun menunggu di tepi patung berkenaan.
Pada 1990-an, aktivis pemuliharaan burung membina replika sekumpulan burung laut di Pulau Mana yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Wellington, bagi menarik populasi burung laut. Mereka memainkan rakaman suara burung laut yang melalui pembesar suara menggunakan kuasa solar.
Pada hari pertama, dua burung singgah di pulau itu, namun terbang pergi dan projek berkenaan tergantung.
Kehadiran Nigel di pulau berkenaan dan tinggal bersama replika terbabit, disedari beberapa tahun lalu.
Pemerhatian mendapati Nigel jatuh cinta dengan satu replika terbabit dan ia dilihat mencuci bulunya dengan paruh dan bersarang di sebelah replika berkenaan, malah cuba mengawan dengan patung batu itu.
Bangkai Nigel ditemui bersebelahan ‘kekasih batunya’ itu lewat bulan lalu, dipercayai akibat sakit tua.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
Sumber: Sinar