pelancongan darat
sumber foto : NASA

Bila dengar perbualan pasal pelancongan, khususnya pelancongan darat mesti tertarik untuk mengetahui pelbagai pengalaman mereka yang telah sampai di pelbagai tempat menarik. Betul tak?

 

Tapi pelancongan darat yang sering menjadi impian bagi setiap insan yang ingin mencuba sesuatu perkara baharu, itu sudah menjadi biasa dan jika mempunyai wang simpanan mencukupi pasti hajat tercapai.

Kali ini bukan pelancongan darat saja, Rusia bakal menawarkan pakej pelancongan luar biasa, bukan darat lagi. Nak tahu apakah pakej tersebut, jom teruskan membaca.

pelancongan darat

Pakej pelancongan selama 10 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) bakal anda rasai. Dianggarkan pakej percutian tersebut akan menelan belanja kira-kira AS$100 juta (RM388 juta).

Mesti ramai yang ingin merasai pengalaman baru, melancong di stesen angkasa dengan pemandangan  luar biasa. Jika dahulu hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasai pengalaman tersebut. Namun pada hari ini, anda hanya perlu menyimpan wang secukupnya untuk pergi ke angkasa.

BACA JUGA :   Pilihan Tepat Demi Masa Depan

Wow! ni yang best, dapat rasa keindahan secara realiti bukan dalam televisyen lagi.

pelancongan darat
gambar hiasan

Bagaimanapun, syarikat angkasa Rusia, Energia sedang membuat pertimbangan untuk memberikan tawaran istimewa bagi pelancong pertama.

Bukan itu sahaja, Vladimir Solntsev yang juga ketua syarikat Energia berkata, pihaknya masih dalam perbincangan untuk memberi peluang kepada pelancong berjalan di angkasa kelak.

“Pelancong boleh berjalan dan membuat rakaman video ketika berada di sana nanti”, katanya.

pelancongan darat
gambar hiasan

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, penganalisis turut mendapati mereka iaitu golongan kaya sedia membayar wang perbelanjaan untuk sampai ke angkasa. Belum rasmi lagi, tapi mereka (golongan kaya) sudahpun bersiap-sedia dengan wang secukupnya.

Turut difahamkan tentang Energa yang terlibat dalam pelancaran manusia pertama ke angkasa lepas, Yuri Gagarin pada 1961 sedang membangunkan modul baharu, NEM-2 untuk membawa pelancong ke angkasa lepas.

BACA JUGA :   Yuran Pengajian Bagi Bidang Perubatan di KSMU, Rusia Adalah Antara Yang Terendah di Universiti Luar Negara!

NEM-2 bakal dilancarkan pada tahun 2019, dan boleh dinaiki oleh penumpang seramai enam orang dalam satu masa selain dilengkapi kabin, dua tandas dan rangkaian boleh akses internet.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : MSTAR

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here