instagram
Credit: Getty Images

Selalunya kalau dah tengok ‘stories’ instagram orang lain ni memang aku akan ‘screenshot’ lah mana yang aku rasa nak simpan atau nak jadikan bahan lawak nanti wei.

 

Kadang tu memang hampir setiap kali buka instagram tengok ‘stories’ member kat luar sana, haha memang kalau kena ‘time’ aku ‘screenshot’ untuk kenakan dia kat ‘group whatsapp’.

tengoklah perangai kawan kita ni, suka je nak kenakan orang..

 


instagram
gambar hiasan

Memang seronok bila dapat kenakan kawan-kawan korang, ada yang sampai tak boleh nak terkata lagi sebab ramai yang ‘attack’, terpaksalah diam dan jawab pendek je. Kalau tak, berminggu-minggu juga diorang ingat semua tu. Hmm ni lah perangai kawan yang suka ‘screenshot stories’ kita lepas tu jadikan bahan lawak.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti itu dan kadang-kala risau juga untuk membuat update stories instagram, jangan risau ada berita baik untuk anda semua. Selepas ini anda boleh menarik nafas dengan lega sebab instagram akan memperbaharui sistem mereka. Apabila seseorang membuat ‘screenshot stories’ anda, notifikasi akan keluar untuk memberitahu bahawa stories anda telah discreenshot.

instagram
notifikasi amaran apabila membuat screenshot stories

“Apa akan jadi kepada stalker lepas ni, mesti debaran kat dada tu dubdabdubdab haha..”

BACA JUGA :   Pelawak terkenal menang pilihan raya presiden di Ukraine
instagram
instagram menunjukkan individu yang screenshot status anda

Selepas ini bagi sesiapa yang membuat screenshot mesti diketahui dengan pemilik akaun berkenaan. Malu bakal ditanggung oleh si pelaku lebih-lebih lagi apabila kelakuan itu diketahui oleh crush anda. Memang menjadi satu kerisauan kepada para pengguna instagram, bukan hanya individu yang gemar melakukan ‘screenshot’ saja, tapi kesemua pengguna.

Tapi anda tidak boleh beranggapan negatif terlebih dahulu berkenaan langkah pembaharuan aplikasi instagram, sebab langkah tersebut adalah bertujuan untuk menjaga hak privasi setiap individu. Mungkin selepas ini sikap suka melakukan aktiviti ‘screenshot’ akan berkurangan kerana bimbang diketahui pemilik akaun yang membuat ‘post stories’.

Mesti dah ramai yang nak update instagram kat Google Play Store kan? Sabar dulu…hehe

BACA JUGA :   Remaja 15 tahun bakal jadi "The Flash" Malaysia

instagram

Anda perlu bersabar seketika untuk mendapatkan update terbaru instagram sebelum ianya dapat digunakan secara menyeluruh.

Selepas ini pastikan anda menasihatkan rakan sebelah meja supaya berhati-hati, jangan sampai kantoi bila buat ‘screenshot’ di laman status orang lain.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : vocket

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here