Sudah menjadi kebiasaan daging dijadikan makanan kepada haiwan yang berada di setiap zoo. Namun begitu, sebuah zoo China dikecam apabila didapati pihak mereka bertindak menjadikan anak anjing sebagai makanan kepada ular sawa.
Zoo China dikecam teruk oleh masyarakat umum dan organisasi penjagaan hak haiwan sejurus mengetahui perbuatan tersebut.
Apabila mendapat kecaman, pihak pengurusan Zoo Hebin Park di Pingdingshan cuba meredakan ketegangan yang berlaku dengan menyatakan bahawa amalan tersebut hanya dilakukan oleh pemilik persendirian di bahagian reptilian zoo tersebut.
Kelakuan itu terbongkar apabila sebuah video mula tular di media sosial dan dengan beberapa keping gambar tersebar.
Video itu dilihat yang mana seekor anak anjing sedang ketakutan ketika berada pada lingkaran seekor ular sawa Burma di dalam sebuah sangkar.
Mungkin anak anjing yang sedang dalam etakutan itu adalah yang ketiga sebagai bahan makanan seekor ular sawa itu, dimana dapat dilihat terdapat dua bonjolan pada perut ular itu dan mungkin bonjolan itu adalah anak anjing yang sudah ditelan sebelumnya.
Menerusi penyebaran gambar oleh pihak pejuang hak haiwan di laman sosial kini zoo dikecam secara terus.
Jurucakap Zoo Hebin Park dalam sebuah kenyataan mengakui bahawa pihaknya memang ada melakukan perkara tersebut dengan menjadikan anak anjing sebagai makanan ular sawa Burma itu.
“Pengarah kami telah bertindak memanggil mereka yang terlibat untuk menghentikan perbuatan tersebut.
“Bahagian reptilian zoo dikelolah oleh pihak persendirian. Mereka ini mempunyai kontrak dengan kami namun perbuatan mereka sehingga dikecam masyarakat umum langsung tiada kaitan dengan kami,” kata jurucakap tersebut.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com