Keputusan STPM 2017 Diumumkan
Seluruh Malaysia hari ini pastinya hangat dengan keputusan STPM yang baru sahaja diumumkan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang sudah berusaha dan mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang diingini.
Yang paling gembira dengan keputusan STPM ini pastinya Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas), yang muncul sekolah terbaik STPM bagi negeri Selangor dan seluruh negara.
Menurut Penolong Kanan Tingkatan 6 Kisas, Abdullah Hassan, seramai empat orang calon STPM sekolah tersebut mendapat markah penuh 4.00.
Katanya, keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekolah tersebut bagi tahun 2017 juga meningkat kepada 3.46 berbanding 3.35 pada tahun sebelumnya.
Secara keseluruhan, keputusan STPM pada tahun 2017 dilihat sangat memberangsangkan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional naik kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.
Peningkatan ini juga memberi gambaran bahawa pencapaian calon Tingkatan Enam di sekolah kerajaan kini semakin baik, dipercayai hasil pelaksanaan inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam yang giat diusahakan Kementerian Pendidikan.
10 Sekolah Terbaik STPM 2017
#1. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
#2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan
#3. SMK Hua Lian, Taiping, Perak
#4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
#5. SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
#6. SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang
#7. SMK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan
#8. SMA Maarif, Besut, Terengganu
#9. SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan
#10. SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor
Bagi pelajar-pelajar STPM yang memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, layari Daulah Medic untuk melihat peluang-peluang yang ditawarkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com