Bandar Ipoh sememangnya sebuah lokasi yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Kotanya yang kaya dengan sejarah, ditambah dengan statusnya sebagai syurga makanan-makanan lazat, suasana yang meriah serta pemandangan cantik memukau mata pastinya memberikan pengalaman manis buat sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Ipoh

Loading...

Tidak hairanlah mengapa Ipoh sering menjadi tumpuan media-media antarabangsa. Beberapa hari yang lalu, akhbar Amerika iaitu The New York Times memuji Ipoh dan menyifatkannya sebagai sebuah kota yang paling ‘bergaya’ di Malaysia kerana mempunyai banyak tarikan-tarikan menarik.

Jadi, di sini kami senaraikan 6 lokasi menarik menurut The New York Times, yang patut anda lawati sekiranya anda menjejakkan kaki ke Ipoh :

#1. Sekeping Kong Heng Hotel

Ipoh

Terletak di bandar lama Ipoh, hotel ini dibina di atas bangunan klasik 3 tingkat yang mempunyai kedai kopi di tingkat bawah. Semasa hotel ini dibina, ciri-ciri bangunan sebelumnya dikekalkan sebanyak mungkin bagi menyerlahkan suasana klasik dan retro kepada pengunjung.

Ipoh

Ipoh
Sekeping Kong Heng Hotel

Fakta Menarik : Bangunan ini dahulunya digunakan sebagai asrama bagi pelakon-pelakon teater di Cantonese Opera. Malangnya, ia telah dibakar pada tahun 50-an.

Alamat : 74, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak

#2. Burps & Giggles

Ipoh
Burps & Giggles

Kafe yang tersergam indah ini menawarkan dua keistimewaan kepada pengunjung – makanan yang menyelerakan dan suasana yang nyaman.

Di sini, pelbagai makanan lazat dan enak boleh anda nikmati seperti burger, pizza, fish & chips dan juga aneka kek untuk dipilih.

Ipoh

Kafe ini juga sering menjadi lokasi tumpuan pagi kaki-kaki fotografi yang suka memuat naik gambar #POTD ke laman Instagram. Ini kerana suasanya ala-ala bangunan zaman penjajah dan juga susun atur perabut yang sengaja diteraburkan bagi memberikan tetapan sempurna untuk para-para hipster sekalian.

BACA JUGA :   Raja Bomoh Malaysia Umum Mahu Bertanding Dalam PRU-14

Waktu Operasi : Rabu hingga Jumaat (10am – 6pm), Sabtu dan Ahad (9.30am – 9.30pm). Tutup pada Isnin dan Selasa

Alamat : 93 & 95 Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak

#3. Patisserie BoutiQue

Ipoh
Patisserie BoutiQue

Melihat kepada menu dan hiasan dalaman kafe ini, anda pasti sudah dapat mengagak bahawa kafe ini menerapkan konsep minimalist.

Salad, sup, sandwic, pasta dan pelbagai lagi variasi pencuci mulut yang dihidangkan pasti akan menggiurkan lidah sesiapa yang datang. Ahli media The New York Times juga sangat gemar dengan tiramisu di sini yang mempunyai mascarpone padat dan rasa ala-ala Baileys Irish Cream.

Lebih menarik lagi, para pengunjung dipersembahkan lagu-lagu klasik Perancis sambil menjamu selera dikelilingi batu-bata putih. Perghhh, rasa macam mat saleh pun ada.

Waktu Operasi : 11am – 6pm setiap hari. Ditutup setiap Rabu.

Alamat : 103, Jalan Sultan Yusuff, Ipoh, Perak

#4. Plan B

Ipoh
Kafe Plan B

Meskipun sebuah restoran dengan jendela gergasi dan siling tinggi, suasana di Plan B adalah sangat nyaman dan sempurna buat kaki Instagram. Ruang dalamannya yang luas juga sesuai untuk anda dan rakan-rakan melepak sambil menikmati menu yang menarik di situ.

Jika melihat pada menu, banyak hidangan-hidangan antarabangsa yang disediakan. Namun, jangan risau kerana masakan chef-chef mereka menggunakan rempah khas yang menepati selera orang-orang Asia Tenggara.

Waktu operasi : Isnin hingga Khamis (10am – 11pm), Jumaat (10am – 12am), Sabtu (9am – 12am), Ahad (9am – 11am).

 Alamat : Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak

#5. Thumbs Cafe

Ipoh

Dahulunya merupakan sebuah rumah anak yatim, kini ianya telah dimajukan menjadi sebuah restoran tumpuan ramai yang terkenal dengan juadah-juadah Melayu. Hiasannya mungkin nampak biasa-biasa saja, namun yang paling penting restoran ini menyediakan hidangan halal terbaik untuk para pelanggan.

BACA JUGA :   Bandar Taiping, Bandar Kaya Dengan Tapak Warisan

Waktu Operasi : 6pm – 1am setiap hari. Ditutup setiap Selasa.

Alamat : 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak

#6. Artisan Handmade Bread

Menurut kolumnis The New York Times, tempat ini adalah kafe yang terbaik di antara semua kafe yang telah dilawatinya. Pengasasnya, Chef Sam Lau telah banyak merantau ke pelbagai negara sekitar Asia dan Eropah sebagai seorang tukang masak. Namun, setelah pulang ke Malaysia, beliau merasakan bahawa tidak banyak roti yang lazat boleh ditemui di negara ini.

Ipoh

Bertitik tolak daripada itu, Chef Sam membuka kafe miliknya sendiri yang diberi nama Artisan Handmade Bread.

Set makan tengah hari di kafe ini berharga RM28. Ianya didatangkan dengan sup istimewa, hidangan utama, hidangan amuse-bouche dan teh o ais lemon.

Ipoh

Rata-rata pengunjung di kafe ini berpuas hati dengan harga dan makanan yang disediakan. Menurut review daripada salah seorang pelanggan,

“Setiap hidangan di sini tidak pernah mengecewakan! Segalanya diadun lembut dan rasanya memang mengancam. Kami sangat sukakan konsep dapur terbuka di sini dan Chef Sam yang sentiasa murah dengan senyuman”

Waktu Operasi : 9.30am – 6pm setiap hari. Ditutup setiap Isnin dan Selasa.

Alamat : 27, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Jadi macam mana ? Dah ada yang merancang untuk berjalan-jalan makan angin di Ipoh ke ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips travel, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here