Eropah termasuk UK kini dilanda cuaca sejuk melampau akibat tiupan angin Siberia dan Taufan Emma menimbulkan kerisauan penduduk dan menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan isyarat merah di barat daya England serta selatan Wales untuk salji – tahap amaran tertinggi, manakala seluruh UK, isyarat kuning dan jingga.

 

Loading...

Keadaan ini turut dibimbangi oleh golongan gelandangan yang tidak mempunyai tempat berteduh. Oleh itu masjid di UK telah membuka ruang untuk mereka berteduh di dalamnya kerana cuaca yang amat sejuk terutama diwaktu tengah malam.

Akibat cuaca sejuk juga menyebabkan 60 orang maut, manakala sebahagian besarnya adalah dari golongan gelandangan tersebut.

Sejurus berlakunya cuaca sejuk dan boleh mengakibatkan kematian maka pihak pemegang amanah Masjid Makki di Manchester, memutuskan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Berikutan kejadian tersebut, pihak media Britain dan al-jazeera ada menyatakan bahawa beberapa hari yang lalu sukarelawan telah berkhemah di kawasan luar masjid bagi menyediakan keperluan seperti makanan dan tempat tinggal kepada golongan gelandangan di bandar berkenaan.

gelandangan
sumber foto : Dreamstime

Selain itu, pihak masjid juga menyediakan tempat mandi dan meminta perkhidmatan teksi untuk menghantar mereka ke masjid dengan segala kos tambang akan dibayar menggunakan dana terkumpul masjid.

Menurut sumber al-jazeera melaporkan, Rabnawaz berkata, kadar gelandangan di Manchester semakin meningkat.

gelandangan
gambar hiasan

“Langkah penjimatan kerajaan sejak lapan tahun lalu menyebabkan tiada lagi perkhidmatan sokongan yang diperlukan orang ramai.

“Disebabkan itu, mereka terpaksa tidur di merata-rata tempat. Mereka ini adalah yang mempunyai masalah kesihatan, mangsa keganasan rumah tangga, penagih dan pelarian yang tidak mempunyai dokumen,” ujar Rabnawaz.

gelandangan
gambar hiasan

Salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Jamie, mengatakan bahawa dirinya adalah penagih dadah dan tidak pernah ke masjid. Namun, dirinya telah ditawarkan untuk tinggal di masjid dan itu yang membuatkan dirinya sangat dialu-alukan dengan pemberian makanan dan minuman, ia juga sesuatu yang tidak diberikan oleh majlis perbandaran.

Tambahan lagi, Masjid Besar Leeds, Masjid Oldman, Masjid Finsbury Park, Masjid Canterbury dan Masjid di Dublin turut membuka pintu kepada  gelandangan.

“Kami telah mengerahkan sukarelawan untuk bertugas pada waktu malam agar mereka mendapat kehangatan mencukupi dalam bangunan, terutama pada waktu lewat malam,” menurut kata ketua kebajikan masyarakat di Pusat kebudayaan isalam Ireland, Summayah kenna radio 98FM Dublin.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here