Thailand merupakan salah sebuah negara yang mempunyai keindahan alam terkenal di seluruh dunia. Bangkok adalah ibu negara bagi Thailand dan merupakan antara tempat yang padat dengan penduduk dan juga para pelancong asing dari luar negara. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Bangkok jika anda mempunyai rancangan percutian akan datang.

Kenapa pula Bangkok perlu dipilih?

Bangkok merupakan sebuah tempat yang sangat menakjubkan dan sangat luar biasa untuk dilawati khususnya kepada mereka yang belum pernah sampai ke destinasi ini. Jika berpeluang untuk ke sini, pastinya anda tidak akan rasa sunyi kerana bandarnya sentiasa ‘hidup’ di waktu siang dan malam. Berikut antara 6 lokasi yang menarik yang patut  anda kunjungi;-

#1. Sungai Chao Phraya

Sungai Chao Phraya adalah sebuah sungai yang sangat terkenal di negara Thailand dan dikatakan sebagai sungai raksasa pembelah kota yang pastinya menyajikan pemandangan sungguh menarik. Apabila berada jauh di tengah-tengah sungai anda boleh melihat keindahan dan keunikan seluruh Bangkok.

Bangkok juga diberi jolokan ‘Venice Timur’ kerana memiliki laluan Sungai Chao Phraya yang begitu menakjubkan. Sungai ini boleh disifatkan sebagai nadi kepada Bangkok disebabkan kira-kira 50,000 rakyat di sini melakukan pelbagai pekerjaan di atas bot-bot yang melalui Sungai Chao Phraya.

#2. Grand Palace
Wat Phra Kaeo, Bangkok, Thailand

Apabila berada di Bangkok, anda tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk berkunjung ke Grand Palace. Bak orang kata “kalau tak singgah ke istana ni, baik tak payah beralih ke destinasi lain.” Fahami ayat tersebut, betapa cantik dan menariknya Grand Palace ini sehingga sesetengah orang akan berasa sangat rugi jika terlepas peluang melihat keindahannya.

Jika mengimbas kembali sejarah silam, Grand Palace ini adalah tempat kediaman Raja dan merupakan tempat kerajaan Thailand menjalankan urusan pentadbiran mereka. Ukuran keluasan tempat ini adalah 214 000 meter persegi, mungkin agak penat untuk melihat meneroka kesemuanya tetapi biarlah percutian anda berbaloi dan dapat merasai pengalaman baru kan?

BACA JUGA :   10 Destinasi Pelancongan Paling Banyak Dilawati Di Dunia
#3. Chatuchak Market
sumber foto : bangkok new cafe

Jika anda penggemar aktiviti membeli belah, bukan satu kesilapan lagi untuk berada di Chatuchak Market, malahan anda sebenarnya beruntung lagi. Kalau dah masuk tu confirm puas membeli-belah, tak pun puas juga lah cuci mata. Biasalah kalau nak pergi melancong tu takkan nak bawa banyak barang kan? Hehe..

Pada hari Sabtu dan Ahad dianggarkan sebanyak 200,000 pengunjung yang akan hadir pada setiap hari. Hal ini tidak terlalu mengejutkan kerana di sini mempunyai 8000 gerai dengan keluasan kawasan 27 ekar yang merupakan salah satu pasar terbesar di dunia. Sanggup pusing tak? Hehe siapkan diri untuk memenuhi kepuasan anda bila berada di Chatuchak Market ni tau.

Yang menariknya semua barang boleh ditemui di sini, dan harga yang ditawarkan juga adalah mengikut pasaran setempat dan bukan harga kebiasaanya sedikit mahal untuk para pelancong.

#4. Siam Paragon
sumber foto : bangkok

Siam Paragon meruapakan syurga membeli-belah yang sangat terkenal dan mempunyai berbagai jenis kedai yang turut menawarkan bermacam-macam rekaan dan fesyen oleh para designer terkenal. Di sini juga menempatkan akuarium terbesar Asia Tenggara.

Selain itu, Siam Paragon juga mempunyai panggung wayang multipleks yang besar dan menyediakan pelbagai restoran dengan pelbagai jenis makanan untuk memberi peluang kepada anda merasai keunikan dan keenakan resepi makanan di sana. Di sini juga terdapat ‘Showroom’ daripada pengeluar-pengeluar terkemuka kenderaan mewah seperti Lamborghini dan juga Ferrari.

#5. Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamnoen

Sukan terkenal negara Thailand iaitu Muay Thai merupakan seni bela diri yang sangat terkena bukan sahaja di sana tetapi juga di luar negara. Muay Thai atau Tomoi Siam pada asalnya merupakan sebuah seni bela diri yang datang dari negara jiran, Thailand. Muay Thai sebagai salah satu teknik membela diri dipercayai mengalami evolusi ketika Thailand menerima pengaruh daripada negara-negara jiran sewaktu proses pembentukan pemerintahannya.

BACA JUGA :   10 Destinasi Pelancongan Paling Banyak Dilawati Di Dunia

Di Thailand, seluruh masyarakatnya sangat meminati sukan ini dan biasanya perlawanan besar atau peringkat antarabangsa akan berlangsung di Bangkok. Pertandingan diadakan di Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamneon.

Biasa menonton di kaca televisyen kan? Tapi bila berada di sini memang berkobar-kobar semangat tu, sebab sorakan penonton-penonton di sana benar-benar membuatkan bulu roma anda meremang kerana menyaksikannya di depan mata.

#6. Samutprakarn Crocodile Farm & Zoo

Samutprakarn Crocodile Farm & Zoo dibina pada tahun 1950 sebagai taman buaya pertama di Thailand. Siapa sangka hari ini taman buaya tersebut semakin berkembang maju dan telah menjadi sebuah taman buaya terbesar dunia! Lokasi ini juga terletak di Tambon Tai Ban, 3 kilometer dari pekan Samut Prakan.

Jika anda berkunjung ke tempat ini, anda akan berpeluang untuk melihat lebih daripada 60,000 jenis buaya dari pelbagai sepsis. Malah anda juga boleh melihat secara ‘live’ bagaimana untuk menangkap haiwan mamalia ini dengan tangan kosong sahaja. Siapa berani? Hehe bukan sekadar berani tetapi ilmu dan pengalaman itu sangat penting.

Pertunjukan gajah juga yang diadakan pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Selain itu, anda juga berpeluang melihat haiwan-haiwan lain seperti penyu, ular, unta, badak air, dan berbagai jenis lagi sepsis ikan. Di sini juga, terdapat muzium dinasour yang mempunyai saiz replika sebenar lebih daripada 13 jenis dinasour.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia pendidikan di Malaysia, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here