Bekerja sepanjang hari akan menyebabkan tubuh anda mengeluarkan peluh yang banyak dan menyebabkan air pada semakin kerap diperlukan oleh tubuh untuk mengembalikan tenaga. Jika tidak, kita akan berasa lemah, mudah pening dan kulit menjadi kering.

Untuk mengekalkan kesihatan sepanjang hayat pastikan anda meminum air yang banyak dan mencukupi. Sebab itu kita mermerlukan air sebanyak 8 liter dalam sehari  agar tubuh sentiasa cergas dan bertenaga.

Ramai yang tahu manusia memerlukan air yang banyak pada setiap hari, tapi ramai juga yang terlepas pandang tentang tanda-tanda seseorang yang kekurangan air dalam tubuh badan. Oleh itu, di sini kami senaraikan 8 tanda-tanda badan anda kekurangan air.

#1. Sakit Kepala

Sakit kepala berlarutan menyebabkan banyak kerja anda akan terganggu, sukar memberi fokus terhadap sesuatu kerja. Adakah anda tahu punca ia berlaku? Sakit kepala adalah berpunca daripada reaksi otak yang sensitif terhadap satu tindak balas kimia dalam tubuh badan apabila tahap hidrasi mula merosot. Oleh itu, sekiranya anda mengalami sakit kepala banyakkan meminum air dan mengambil ubat jika diperlukan.

#2. Sembelit

Sembelit akan mengakibatkan anda berasa susah untuk membuar air besar, oleh kerana tubuh kekurangan air maka sistem pembuangan akan mengalami masalah untuk melancarkan proses pembuangan najis dari tubuh. Kekurangan air juga menunjukkan sistem pencernaan kurang efisien dan itu adalah punca berlakunya sembelit. Sekiranya air mencukupi maka segala sistem badan akan berfungsi lancar tanpa adanya gangguan dan peyakit.

#3. Pening

Pening ni akan membuatkan anda menjadi kurang stabil untuk menjalani rutin seharian. Jantung berdegub kencang dan perubahan mendadak tekanan darah berlaku akibat kekurangan air. Sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, disarankan untuk terus meminum air dan mungkin anda juga tidak memerlukan suplemen lain untuk menghilangkan sakit kepala.

BACA JUGA :   Mesin Air Ni Boleh Keluarkan Coca-Cola Berperisa Oren!

#4. Nafas Berbau Busuk

Nafas berbau busuk adalah satu perkara yang membuatkan seseorang hilang keyakinan untuk bercakap secara berhadapan dengan orang lain kerana malu jika mendapat teguran. Tapi adakah anda perlu membiarkan masalah itu berlarutan tanpa melakukan apa-apa tindakan? Jika anda mengambil tindakan sedemikian maka kesilapan besar telah anda lakukan.

Untuk pengetahuan anda, kurangnya air pada tubuh bermakna air liur juga kurang dihasilkan. Oleh itu ia membuka peluang kepada bakteria membiak lebih banyak dan akhirnya menyebabkan nafas berbau busuk. Jangan berdiam diri lagi, cepat lakukan pengambilan air dalam kuantiti yang banyak dan mecukupi agar masalah anda dapat diatasi.

#5. Cepat Rasa Lapar

Bila selesai makan tapi perut masih terasa lapar, perkara ini yang sering berlaku kepada kita. Jika perkara ini terjadi pada diri anda menunjukkan anda masih memerlukan air untuk diisi dalam perut. Malah cara ini juga adalah satu teknik diet yang boleh dilakukan bagi mengurangkan berat badan anda. Tambahan lagi, rasa ingin memakan makanan mengandungi air seperti buah-buahan ia adalah tanda bagaimana tubuh memberi isyarat kekurangan air.

#6. Air Kencing Berwarna Gelap

Air kencing yang anda buang bukan sekadar keluar dengan begitu sahaja, tetapi sebenarnya ia menunjukkan tahap kesihatan anda. Apabila warna air kencing itu berwarna cerah menunjukkan anda mempunyai kandungan air pada tubuuh yang mkencukupi. Manakala warna air kencing pekat kekuningan adalah kerana anda masih kekurangan air, dan sekiranya berterusan ia boleh membawa kepada penyakit seperti penyakit ginjal dan sebagainya. Minum air secukupnya bagi mengelakkan anda terkena penyakit.

BACA JUGA :   AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT HINGGA HARI TUA

#7. Kulit Kendur

Kulit yang mudah dan sihat lebih tegang dan anjal. Malah kulit sihat juga dilihat lebih bertenaga dan menampakkan keserian wajah seseorang. Apabila kekurangan air akan menyebabkan kulit mudah terjejas dengan persekitaran. Oleh itu anda dinasihatkan supaya mengambil air yang cukup agar tidak kelihatan tua dn kusam.

#8. Cepat Letih

Rasa cepat penat mungkin disebabkan anda sebenarnya kekurangan air, selain penat kerana bekerja sepanjang hari. Pernah rasa bila sampai pejabat waktu pagi tu dah mula rasa letih? Sebenarnya oksigen tidak sampai kepada otak anda, disebabkan air tidak mencukupi. Jumlah darah turut berkurangan sehingga mengganggu penyaluran oksigen ke suluruh tubuh manusia. Jika cepat berasa letih, terus minum air kerana ia akan memberi kesegaran pada tubuh dan juga dapat mengekalkan kesihatan anda.

Menerusi perkongsian ini, anda mungkin baru menyedari kesilapan yang dilakukan itu sebenarnya merugikan diri sendiri. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah sentiasa membawa air ke mana saja anda pergi dan langkah ini akan membantu anda mengekalkan momentum kesihatan untuk jangka panjang.

Semoga bermanfaat dan silalah kongsikan tips ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda di luar sana kerana mereka juga mungkin masih tidak menyedarinya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here