Muat Turun iOS 11.3

Syarikat pengeluar peranti elektronik terkemuka dunia, Apple kini melancarkan kemaskini perisian terbaru iOS 11.3 yang sudah boleh dimuat turun oleh iPhone, iPad dan iPod Touch.

 

Untuk pengetahuan anda, iOS 11.3 merupakan kemaskini terbesar Apple terhadap sistem operasi (OS) mereka semenjak iOS 11. Menerusi kemaskini terbaru ini, pelbagai fungsi baharu diperkenalkan kepada peranti-peranti Apple.

download ios 11.3
Kemaskini ini boleh dimuat turun menerusi iPhone, iPad, dan iPod Touch

Antara fungsi baharu tersebut adalah empat Animoji baru termasuklah haiwan naga, beruang dan singa. Selain itu, servis sokongan untuk mesej di dalam iCloud juga diperkenalkan menerusi Plus ARKit 1.5.

Lebih menarik lagi, Apple juga menambah fungsi pengurusan bateri kepada peranti anda. Ini bermakna anda akan sentiasa mendapat informasi mengenai kondisi bateri anda dari semasa ke semasa. Anda akan dimaklumkan sekiranya bateri anda perlu ditukar ataupun telefon anda menjadi perlahan kerana menggunakan bateri yang sudah berkurang kualitinya.

BACA JUGA :   Gara-Gara Tidur Di Sebelah Telefon Yang Sedang Dicaj, Gadis Ini Mati Terkena Renjatan Elektrik
download ios 11.3
Penambahan beberapa Animoji baru di dalam kemaskini ini.

Anda boleh memuat turun kemaskini iOS 11.3 di iPhone atau iPad anda dengan pergi ke Settings > General > Software Update. Sekiranya anda sudah mengemaskini dan mendapati ada fungsi-fungsi baharu yang lain, sila kongsikan kepada kami di ruangan komen.

Sumber : Apple

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here