Semakin hari semakin banyak tempat-tempat menarik yang kita lihat. Malah yang ditunjukkan kepada umum bukan suatu tempat biasa-biasa tetapi luar biasa. Setiap kali melihat tempat menarik itu dan ketika itu juga lah ramai yang tertarik untuk melancong supaya dapat merasai keindahannya.

 

Tapi, adakah anda sudah cukup bersedia untuk memulakan langkah jelajah di suatu tempat itu? Mungkin sudahbersedia, tapi persiapan anda itu masih belum mencukupi. Oleh itu, nasihat daripada seorang doktor yang menyarankan beberapa basic meds untuk dibawa bersama ketika melancong. Antaranya adalah seperti  berikut:

#1. Ubat Demam
'basic meds'
gambar hiasan

Ubat demam adalah untuk melegakan kesakitan atau sebut sebagai ‘pain killer’. Pastikan anda membawanya bersama kerana dikhuatiri mengalami demnam ketika melancong. Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit (atau ketidakselesaan) yang disebabkan oleh: sakit kepala, sakit gigi, sakit disebabkan oleh artritis, sakit otot, osteoarthritis, senggugut dan demam. Ubat ini boleh digunakan ketika situasi urgent berlaku. Sekurang-kurangnya anda mempunyai backup apabila tercederah dalam beberapa lama sebelum tiba di hospital atau klinik rawatan.

 

#2. Ubat Batuk

Terdapat dua jenis ubat batuk yang perlu dibawa iaitu batuk kering dan juga batuk berkahak. Ketika batuk kenalpasti jenis batuk anda sama ada batuk berkahak atau batuk kering. Seseorang yang mempunyai penyakit asma atau batuk berkahak, anda tidak disarankan untuk menggunakan ubat untuk batuk kering, kerana dibimbangi anda mengalami kesuakaran untuk mengeluarkan kahak yang berada di dalam leher.

 

#3. Ubat Antihistamine
'basic meds'
gambar hiasan

Ubat ini sangat ssesuai digunakan ketika berhingus dan mereka yang mempunyai allergic disarankan membawanya bersama. Antara musim bunag – musim luruh, aka nada banyak debunga berterbanga. Tidak kisah sekiranya anda mempunyai sejarah allergic ataupun tidak, terdapat banyak debunga di luar sana yang mingkin anda belum pernah temukan, oleh itu mugkin allergic tersebur dapat berkembang atau menjadi teruk ketika melancong. Pastikan anda membawa ubat yang disarankan ini.

 

 

#4. Ubat Untuk Mengatasi Perut Kembung
gambar hiasan

Apabila terlalu terdedah kepada suhu yang anda tidak pernah dialaami, anda berkemungkinan mudah masuk angin. Keadaan itu akanmenyebabkan anda mengalami gangguan dan tidak berasa selesa ketika melancong.

 

#5. Oral Rehydration Salt

Sangat sesuai ketika seseorang yang sering mengalami sakit cirit-birit. Tetapi tidak digalakkan menggunakan ubat tahan cirit-birit mahupun ubat tahan muntah. Hal ini kerana, sakit cirit-birit dan muntah-mintah sebenarnya memainkan peranan pentingnya yang tersendiri yang mana ia membantu mengeluarkan kuman dari dalam tubuh.

 

#6. Basic First Aid Kit

Digunakan khas untk rawatan sementara menunggu pihak yang lebih pakar mengambil alih rawatan. Anda juga boleh membantu sesiapa sahaja yang mengalami kecederaan tidak teruk (short-term recovery). Oleh itu, amat penting first aid dibawa ketika melancong agar kecederaan tidak berterusan sehingga boleh mengakibatkan kecedaraan teruk.

Basic Meds ini boleh anda bawa bersama untuk keselamatan, jangan menganggap ia sebagai perkara  mudah. Memang kesemua benda tersebut boleh didapati di mana-mana sahaja tetapi sekiranya anda mengalami kecederaan adakah keperluan seperti ini terus samapai melainkan anda terpaksa berpatah balik ke kedai-kedai perubatan untuk mendapatkannya.

Bersiap sedia sebelum anda terkena, jangan berasa terbeban untuk membawa basic meds’ini. Tips sudah dikongsikan hanya respond anda saja lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here