Sudah puas jelajah dunia kini dipertontonkan pula di negara bersempena BMW Luxury Exellence Pavillon di ibu negara.
Jentera BMW Concept 8 Series selepas julung kali dipertontonkan secara umum di Jerman, model konsep kenderaan sport BMW kemudian dibawa ke Rusia, Itali, Kanada dan Singapura dan ini juga telah menjadi tarikan utama dalam ruangan ekslusif yang dibina bagi menonjolkan lagi kelebihan dan teknologi jenama itu.
Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, berkata model dan konsep direka merupakan pendekatan baru dalam usaha memperlihatkan idea rekaan dan teknologi pembuatan kenderaan premium pada masa akan datang kepada masyarakat seluruh dunia.
Tengok ni, cantik gaiss..
Dalam pada itu, idea dan konsep baharu itu adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan merasai pengalaman yang berbeza dalam berkongsi visi kemewahan moden BMW dalam dunia undustri automatif.
Melihat kepada rekaan tersebut, ia adalah gambaran awal yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ‘BMW 8 Siries Coupe’ yang dibina atas platform coupe bersaiz besar. Malah idea itu juga turut merealisasikan beberapa ciri unik yang pastinya memukau anda peminat setia BMW.
Ciri unik yang bakal disaksikan iaitu reka bentuk di bahagian hadapan berbentuk ‘ginjal’ lebih lebar, lampu hadapan berkembar tirus dan ruang masuk udara juga luas untuk memperlihatkannya lebih sporty.
Selain itu, kenderaan mewah BMW ini juga menggunakan elemen gentian karbon yang menjadi karakter kenderaan bertaraf tinggi dengan kemasan warna Barcelona Grey Liquid menampakkan ia sangat menyerlah dari semua ciri dinamik rekaan tersebut.
Pada bahagian belakang pula, rekaan garis telah mempengaruhi keseluruhan bahagian belakang kenderaan serta dilihat sangat berbeza dengan rekaan lampu berbentuk ‘L’ .
Ditambah dengan ‘arch’ roda menyerlahkan elemen kuasa dinamik serta ruang tempat duduk dan bahagian belakang lebar dapat dilihat dengan jelas pada BMW Concept 8 Series.
Pada bahagian kabin, konsol tengah dan pintu menggabungkan elemen sporty serta mewah termasuk panel instrumen direka kemas selain tempat duduk sports eksklusif dengan rekaan nipis daripada kerangka gentian karbon.
Bagaimanapun, lebih realistik lagi apabila stereng futuristik dan ‘paddle shiffer’ merah sama seperti gaya perlumbaan, berserta tuil gear dan iDrive Controller yang diperbuat daripada kaca Swqarovski. Kereka sport yang direka dengan berkonsepkan eksklusif ini membuatkan ia lebih menyerlah dari aspek kesungguhan, kuasa dan prestasi untuk jenama BMW dalam kenderaan yang memiliki karakter untuk gaya hidup pemiliknya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : Harian Metro