changi airport skytrax 2018

Lapangan Terbang Changi Singapura dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2018, pada majlis Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia Skytrax yang berlangsung di Sweden.

 

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Lapangan Terbang Changi adalah yang pertama di dunia memenangi anugerah itu sebanyak enam kali berturut-turut dan sembilan kali sejak ia diperkenalkan pada tahun 2000.

Changi Airport Singapore
Dianggarkan seramai 50-60 penumpang juta datang ke Changi Airport pada tahun lalu.

Berikut merupakan senarai 10 Lapangan Terbaik Dunia 2018 menurut Skytrax :

#1. Singapore Changi Airport
#2. Incheon International Airport
#3. Tokyo Haneda International Airport
#4. Hong Kong International Airport
#5. Hamad International Airport
#6. Munich Airport
#7. Chubu Centrair Nagoya International Airport
#8. London Heathrow Airport
#9. Zurich Airport
#10. Frankfurt Airport

Bukan itu sahaja, Changi Airport juga dinobatkan Lapangan Terbang Kemudahan Pelancongan Terbaik untuk kali kedua tahun ini.

Lapangan terbang Malaysia, KLIA 2 tersenarai di tempat keempat dalam kategori Terminal Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia di belakang Melbourne, Tokyo Narita dan Kansai.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Changi Airport, Lee Seow Hiang berkata, pencapaian tersebut amat bermakna dalam usaha mereka memberikan pengalaman penerbangan terbaik kepada semua penumpang di lapangan terbang tersebut.

changi airport 1

Kemenangan itu diambil kira berdasarkan undian seramai 13.73 juta pengguna dari 100 buah negara melibatkan 500 buah lapangan terbang di seluruh dunia.

Kaji selidik itu merangkumi pelbagai indikator perkhidmatan dan produk seperti perlepasan dan ketibaan penumpang, membeli belah, transit, keselamatan dan isu imigresen di pintu masuk perlepasan.

Sumber : SKYTRAX

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here