harimau malaya

Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, kali ini ‘gagal mengaum’ di laman sendiri apabila terikat 2-2 dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan Mongolia, malam semalam.

 

Loading...

Pada awalnya skuad Harimau Malaya berjaya mendahului 2-1 sehingga minit ke 70. Tetapi beberapa minit selepas itu pasukan lawan berjaya menyamakan jaringan menerusi gol dicipta oleh Gangkhuyang Ser-Od-Yanji. Jaringan diperoleh menerusi sepakan percuma yang berjaya menewaskan pnjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli.

Pengendali skuad negara, berkata anak buahnya telah melakukan tugas dengan baik ketika menentang pasukan ranking ke-189 itu. Namun, nasib tidak menyebelahi skuad Harimau Malaya untuk menamatkan aksi tersebut dengan kemenangan, sebaliknya hanya mendapat keputusan seri 2-2. Setakat ini skuad negara juga tidak meraih sebarang kemenangan  dalam 11 perlawanan yang telah dilalui.

BACA JUGA :   Gara-Gara Prestasi Tidak Bermaya, Harimau Malaya Kini Dapat Gelaran Baru Dari Sebuah Akhbar

Skuad Harimau Malaya dilihat mempunyai keserasian dalam aksi persahabatan semalam, malahan beberapa percubaan baik yang gagal disudahkan. Apakan daya tiang gol menjadi penghalang kepada peluang tersebut. Walaupun baru menjalani beberapa latihan pusat, mereka menunjukkan semangat permainan sebagai satu pasukan.

Pasukan negara yang kini menduduki ranking ke-178 dunia membuka jaringan awal pada minit ke-31 apabila ketua pasukan Mongolia menanduk bola masuk ke gawang sendiri. 11 minit kemudian pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan.

Jaringan kedua hadir pada minit ke-65 menerusi Muhammad Akhyar yang meletakkan Malaysia kembali di hadapan. Tetapi enam minit kemudian, pasukan lawan berjaya mengikat semula pasukan negara menerusi jaringan Gankhuyang Ser-Od-Yanji.

BACA JUGA :   BONGKAR... TMJ Dedahkan Ada Beberapa Pemain Harimau Malaya Tunjuk ‘Besar Kepala’

Jurulatih Mongolia Michael Weiss, berkata pengalaman luas yang dimiliki selama menjadi ketua jurulatih Filipina dalam arena bola sepak Asia Tenggara, membantunya untuk mengekang pasukan tuan rumah, walaupun beliau membariskan 80 peratus pemain muda bawah 23 tahun.

gambar hiasan

Aksi seterusnya pada Ahad ini, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Beirut, untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada  27 Mac ini berdepan Lubnan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai perkembangan dunia sukan tanah air, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mStar

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here