Lagenda bola sepak dunia, David Beckham turun padang bagi memantau perkembangan badan kebajikan yang diasaskan oleh beliau sendiri, 7 Fund. Badan kebajikan tersebut adalah untuk memerangi kes buli di Indonesia yang menyaksikan seorang pelajar diserang oleh tiga orang pelajar lain secara fizikal ketika di sekolah.
Bagi membantu melindungi remaja yang lemah, pada tahun 2015 pemain legenda itu melancarkan dana bersama agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Beckham berasa amat gembira apabila 7 Fund yang diasaskannya berjaya membantu UNICEF menangani kes buli di sekolah, terutama bagi golongan pelajar wanita. Hal ini kerana beliau berharap para pelajar dapat menuntut ilmu itu dalam keadaan aman dan tenteram.
Menurut laporan UNICEF, gejala buli adalah insiden yang amat membimbangkan dalam kalangan remaja di Indonesia. Gejala ini turut menyebabkan gangguan kesihatan mental dan keciciran di sekolah sekiranya tidak dibendung dari awal.
7 Fund mengajar mereka yang pernah dibuli dan bekas pembuli supaya mendidik orang lain serta melatih guru supaya memastikan kanak-kanak selamat.
Melalui pelancaran 7 Fund berkenaan kes buli yang berlaku dilihat semakin berkurangan hampir satu pertiga dalam kalangan 7,000 kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam program awal dilancarkan.
Ketika berada di Indonesia, Beckham lebih banyak menghabiskan masa dengan seorang gadis yang mempunyai kredibiliti iaitu Sripun. Gadis tersebut merupakan seorang pelajar dan telah mendapat undian daripada rakan sebayanya untuk mengambil bahagian dalam program anti buli.
Sripun yang dipilih oleh rakan-rakannya itu kerana mahu membantu lebih banyak pengurangan sekaligus menghentikan kes buli di sekolah. Secara tidak langsung, pemilihan Sripun dalam program tersebut juga akan meningkatkan lagi keyakinannya dan diharapkan beliau tidak lagi mengalami sejarah hitamnya sebelum ini.
Dana tersebut sebenarnya dinamakan sempena nombor bertuah yang disarungnya ketika mewakili England dan manchester united. Malah ia juga sebagai usaha untuk memfokuskan kanak-kanak yang berisiko menghadapi keganasan, penderaan dan penyakit.
Selain di Indonesia, dan 7 Fund berkenaan turut beroperasi di beberapa buah negara lain antaranya Nepal, Uganda dan El Salvador.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com