Syarikat yang membekalkan servis ‘ride-hailing’ dan pembayaran atas talian, Go-Jek dilihat akan naik menjadi pesaing utama Grab di rantau Asia Tenggara.

 

Go-Jek yang berpangkalan di Indonesia, dilaporkan akan mengembangkan servis mereka ke negara-negara lain di rantau ini dalam masa beberapa minggu akan datang. Sebagai permulaan, mereka akan bermula dengan tiga buah negara terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, tiga buah negara itu masih dirahsiakan sehingga kini.

Go-Jek

Keputusan untuk mengembangkan servis syarikat itu dibuat sejurus sahaja Uber Technologies sah menjual bisnes mereka di Asia Tenggara kepada Grab.

Perkara ini sememangnya sudah dijangka. Dengan penjualan Uber, maka berkuranglah sebuah pesaing di dalam ‘market-share’ industri. Justeru, Go-Jek melihat ini sebagai peluang terbaik untuk mengembangkan lagi syarikat mereka di rantau Asia Tenggara yang mempunyai 640 juta penduduk.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Bantu Pelajar Untuk Lanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara

Go-Jek yang menawarkan perkhidmatan teksi bermotor, semakin berkembang pesat sejak mula ditubuhkan 8 tahun lalu di Indonesia. Salah satu faktor yang mendorong kepada kejayaan mereka di Indonesia adalah penduduknya yang ramai iaitu lebih 250 juta orang.

Go-Jek
Banyak lagi servis yang boleh digunakan menerusi aplikasi telefon pintar.

Melalui Go-Jek juga, para pengguna dapat membuat pesanan penghantaran termasuklah makanan, tukang cuci, pendandan rambut dan bermacam-macam lagi menerusi aplikasi telefon pintar.

Servis-servis tersebut merupakan satu keperluan penting terutamanya di bandar-bandar besar di Indonesia memandangkan keadaan trafik di sana tersangatlah teruk.

Apa-apapun, semoga persaingan sihat antara Go-Jek dan Grab akan memberikan lebih keuntungan dan kesenangan kepada para pengguna.

Go-Jek
Populasi penduduk Indonesia yang ramai memudahkan syarikat ini berkembang pesat.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   SAMBUNG BELAJAR DI UNIVERSITAS TERBAIK DI INDONESIA

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here