Stress satu perkataan simple, tetapi membawa makna sangat mendapat kepada seseorang. Penyakit ini mendorong kepada beberapa penyakit lain seperti jantung, tekanan darah tinggi atau migrain. Tapi tahukah anda, rutin harian yang dilakukan sebenarnya adalah faktor mempengaruhi tahap kerunsingan dan ketegangan kehidupan manusia.

 

Dari sudut pandangan Islam, stress berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati, nafsu serta akal seseorang individu. Hubungan yang tidak terjaga dengan Allah menyebabkan hidup menjadi sempit seolah-olah menemui jalan buntu. Hubungan kita dengan Allah S.W.T sangat penting dan baik serta mempunyai elemen ketuhanan dan kerohanian yang lengkap.

Seorang pakar perubatan, Dr.Hamid Arshad telah berkongsi teknik dan panduan menangani masalah stress untuk tetap tenang serta awet muda. Gunakan kaedah yang dikongsikan agar kita menjadi lebih prihatin dalam menjaga kesihatan melalui rutin harian yang dilakukan.

#1. Tawakkal

Sebagai manusia yang sering diberi ujian dalam hidup, sentiasalah berdoa kepada Allah agar terus diberi kesihatan tubuh. Disamping bertwakkal kena juga berusaha mencari jalan penyelesaiannya dan redha dengan ketentuanNya.

 

#2. Redha

Bila ditimpa musibah jangan kerap mengeluh tetapi sebaliknya bersabar, kerana musibah yang menimpa itu sebenarnya adalah untuk menguji keimanan dan kekuatan hati kita. Kita datang daripada Allah dan kita kembali jua kepada Allah. Terus dan terus bersabar, dan jangan pernah meninggalkan solat kerana saat itulah kita akan lebih dekat kepadaNya dan mohonlah banyak-banyak perkara baik.

 

#3. Sabar

Setiap manusia mengalami ujian yang berbeza, dan setiap ujian itu terjadi adalah diatas kemampuan seseorang. Bila mana kita kehilangan duit kerana ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir, cuba tahan hati dari mengeluh dan tingkatkan kesabaran. Jika hilang, anggap ia bukan rezeki anda. Mungkin kehilangan itu berlaku disebabkan terdapat kesalahan lalu yang pernah anda lakukan tanpa sedar, dan itu adalah balasan dunia.

BACA JUGA :   PENGGUNAAN PACIFIER UNTUK BAYI

 

#4. Tahan Marah

Ramai yang mampu mengungkapkan perkataan ‘SABAR’ tetapi berapa ramai yang mampu lakukan. Tahan diri daripada marah ibarat menggenggam bara api, sungguh besar nikmat orang yang menahan diri daripada marah. Jika terdapat perkara yang boleh membuatkan anda marah, ambil langkah menjauhinya untuk kekalkan hati sejuk dan tenang. Islam turut mengajar kita jika marah ambil wudhuk, masih marah lagi duduklah dan jika masih marah lagi, maka baring lah, in shaa Allah kita akan menjadi tenang.

 

#5. Jadi Seorang Pemaaf

Sekiranya orang lain telah melakukan perkara yang membuatkan anda marah, maafkan mereka kerana mungkin mereka tidak sengaja atau masih tidak mengetahuinya. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, manusia sering melakukan kesilapan-kesilapan kecil mahupun besar. Oleh itu, maafkan mereka dan cuba lupakan peristiwa tersebut.

 

#6. Jangan Berdendam

Dendam adalah penyakit hati yang membawa kepada kehancuran diri sendiri kerana tidak pernah berpuas hati dan mempunyai rasa iri hati dengan orang lain. Tiada sedikit nikmat pun akan dirasai jika anda berdendam, malah menjadikan anda seorang yang telah hilang arah tujuan. Oleh itu, jangan sesekali pernah menyimpan dendam dan kekal lah hidup aman, damai dan sejahtera.

BACA JUGA :   Tips : Langkah-langkah untuk kawal emosi/marah

 

#7. Lakukan Aktiviti Berkebun

Pada waktu hujung minggu tu boleh lah anda melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga. Jangan selalu menghabisakn masa di dalam rumah kerana ia juga punca minda kita tidak berkembang, jadi keluar dan nikmati aktiviti berkebun. Buatlah aktiviti mencangkul, tanam benih sayuran, herba dan pokok buah-buahan di sekitar rumah. Kesannya pasti membuatkan anda tenang selepas itu.

 

#8. Deep Breathing

Amalan tarik nafas secara mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan sungguh baik kesannya. Cuba ulang dalam masa lima minit. Lakukannya pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja bilamana anda mula rasa stress kerana ia mampu menenangkan minda kita.

 

#9. Simple Life dan Tidak Berlumba-lumba

Cuba amalkan gaya huidup yang sederhana tanpa membazirkan wang, jangan beli barang hanya kerana jenama terkenal yang ditampal pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain lagi. Utamakan substance berbanding rupa bentuk luaran sesuatu benda.

Selepas ini amalkan kaedah yang dikongsikan, in shaa Allah anda akan menjadi lebih sihat dan dengan izin Allah kita juga mampu berkhidmat pada agama seterusnya kepada bangsa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here