Terpaksa akur dengan keputusan undian pada saingan Piala Dunia di Bhubaneswar, India bermula 28 November sehingga 16 Disember depan. Malaysia tersenarai dalam kumpulan maut setelah keputusan dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

gambar hiasan

Pasukan hoki Malaysia akan berdepan pasukan besar iaitu Belanda, Jerman, dan Pakistan dalam persaingan akan datang.

Ketua Pasukan  Malaysian Tigers, Muhammad Sukri Abdul Mutalib berkata, pasukan kita tidak akan dapat bermain dengan baik sekiranya selalu memikirkan kesukaran yang bakal dihadapi di Bhubaneswar nanti, sebaliknya harus memikirkan strategi dan bermain pada tahap yang lebih baik.

Walaupun keputusan undi akan membawa pasukan hoki negara bertembung dengan pasukan besar itu, skuad itu perlu turun juga untuk berentap di Piala Dunia dalam setiap perlawanan itu nanti.

Undian yang dikeluarkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), meletakkan Malaysia berada dalam kumpulan D bersama tiga pasukan yang juga bekas juara dunia iaitu Belanda, Jerman, dan Pakistan.

BACA JUGA :   PKP Tidak Akan Dilanjutkan Selepas 4 Minggu.
gambar hiasan

“Kami akui bahawa kami sedang berada dalam kumpulan yang agar sukar. Tapi mahu tidak mahu kami perlu juga turun bermain di aksi tersebut.

“Tapi masih ada berita gembira di saat ini, yang mana kami masih berada pada tahap prestasi terbaik. Jadi saya bersama yang lain perlu membuat persiapan yang lebih rapi.

“Apa yang saya harapkan adalah semoga kami dapat bermain dengan baik dan membuktikan sesuatu apabila diletakkan dalam kumpulan yang kuat ini,” katanya.

Jika melihat rekod-rekod sebelum ini Malaysia pernah bertembung dengan Belanda dan Jerman, namun skuad negara tidak mempunyai rekod kemenangan. Pasukan kuat itu tidak pernah terlepas untuk beraksi di Piala Dunia.

gambar hiasan

Peluang hanya dapat dilihat kepada pasukan Pakistan untuk meraih mata penuh dalam perlawanan nanti, sekali gus memadai untuk mara ke suku akhir kerana pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga bagi setiap kumpulan perlu beraksi dalam pusingan Cross-over untuk layak ke suku akhir.

BACA JUGA :   Laungan ‘Selamatkan Baitulmaqdis’ Bergema Di Depan Kedutaan AS

Sukri juga akan terlepas peluang beraksi di Piala Sultan Azlan Shah bermula Sabtu ini kerana mengalami kecederaan hamstring. Beliau juga mengharapkan supaya pulih secepatnya kerana tidak mahu terlepas beraksi di kejohanan lebih besar termasuklah Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April depan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here