Lagu panama yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Latin bernama Matteo telah menjadi satu lagi trend masyarakat kita pada hari ini. Jika melihat video-video pendek yang dimuatnaik oleh pelbagai masyarakat, kesemuanya menggunakan panama dance. Tetapi adakah anda tahu hukum tarian panama dance?
Tarian panama dijatuhkan hukum haram kerana tarian itu ada percampuran kaum lelaki dan wanita bukan mahram, tegas mufti Negeri Sembilan.
Datuk Mohd Yusof Ahmad yang juga merupakan mufti Negeri Sembilan, berkata tarian itu menunjukkan susuk tubuh kaum wanita kepada umum dan kemudian dikongsikan pula di laman sosial sebagai tontonan umum. Jelas sekali beliau bimbang sekiranya tarian panama menjadi ikutan generasi muda pada masa akan datang sekiranya dibenarkan, kerana lama-kelamaan pengaruh tersebut akan berleluasa.
“Kelak mereka akan fikir, benda tersebut sebenarnya bagus memandangkan jabatan kerajaan pun buat juga. Tetapi sebenarnya perkara itu langsung tidak membawa kebaikan.
“Kepada mereka yang sudah berbuat sedemikian, hentikanlah. Jangan biarkan perkara ini melarat sehingga menjadi ikutan jabatan lain,” kata mufti ketika mengulas berkenaan isu tarian panama tersebut.
Selain itu, semua pihak juga dinasihatkan supaya sentiasa merujuk mufti, alim ulama dan agensi berkaitan agama sebelum melakukan sesuatu perkara. Hal ini kerana, dibimbangi perkara yang dilakukan itu sebenarnya bercanggah dengan hukum dalam Islam, tetapi tidak diketahui oleh masyarakat umum.
Tambahan lagi, Mufti Negeri Sembilan itu juga bimbang sekiranya generasi akan datang melakukan perkara yang ‘lebih dahsyat’ jika generasi kini tidak mengajar perkara yang benar.
Beliau turut mengingatkan semua, berkata, “kena ingat, kita sebagai yang tua ibarat ayah dengan anak. Kata orang kalau ayah kencing berdiri,anak pula kencing berlari.”
Diingatkan juga kepada seluruh umat islam supaya bertindak biarlah selaras dengan tuntutan agama dan budaya sendiri dan bukannya terikut-ikut budaya luar, terutama budaya daripada barat sana.
“Disebutkan bahawa akan sampai satu masa di akhir zaman nanti, orang Islam akan ikut cara Yahudi dan Nasrani. Hatta masuk ke lubang biawak sekalipun,” katanya.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : malay mail online