Ramai diantara masyarakat Malaysia yang sedang merancang percutian di luar negara terutama mereka yang ingin berbulan madu di luar negara. Tapi tahukah anda di Malaysia juga terdapat tempat yang sangat menarik dan patut ditambah sebagai senarai baru dalam perancangan anda pada masa akan datang.

 

Loading...

Melihat pada gambar di bawah ia seolah-olah sebuah lokasi di luar negara dan mungkin juga ramai yang tidak mempercayai jika tempat itu adalah di dalam Malaysia. Airnya berwarna biru kehijauan dan dihiasi dengan pemandangan yang sungguh indah terpampang. Korang tahu tak tempat ni?

percutian malaysia

Mesti ramai yang masih tak tahu kan? Hmm..pernah pergi daerah Setiu kat Terengganu? Haa kalau nak tahu tempat cantik dan indah itu sebenarnya terletak di daerah Setiu, sebuah tempat yang dikenali sebagai Lata Payung, tetapi tidak terlalu terkenal seperti Pulau Perhentian mahupun Pulau Kapas.

percutian
Keindahan Pulau Kapas

Tapi korang kena tahu juga, pemandangannya sungguh indah dan nampak agak setaraf jugak lah dengan lokasi percutian di luar negara tu. Best tau! Jimat kos dan masa korang!

BACA JUGA :   Guru Besar Di Kemaman Didakwa Guna RM 5,000 Wang Zakat

Bila mata memandang hati pun mula terpukau, dengan ciptaan yang merupakan sebuah  anugerah terindah daripada Tuhan yang alam semesta. Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga dengan kurniaan sebegini, dan sentiasa lah panjatkan kesyukuran dengan nikmat yang diberi. Jangan sesekali membuat kerosakan pada bumi yang akhirnya merugikan kita sendiri. Sayangi dan cintai alam semulajadi guys!

Rasa macam nak berenang guys hehe.. dengan keadaan airnya yang bersih dan cantik membuatkan anda tidak perlu risau untuk terus terjun ke dalam air untuk merasai kesegarannya. Sekiranya suatu hari nanti anda berpeluang pergi ke tempat ini, pastikan anda tidak terlupa mengambil gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan memori terindah.

Jelas kelihatan air yang berwarna biru kehijauan

Selain itu, tempat ini juga tidak terlalu terbuka membuatkan kita rasa lebih selesa, tenang dan rasa sangat dekat dengan alam semulajadi. Bila lagi anda nak pergi bercuti bersama keluarga di tempat-tempat seperti ini di Malaysia?

BACA JUGA :   Ini Respon Bernas Haji Hadi Sekiranya PAS Tewas Dalam PRU Kali Ini

Bagi mereka yang ingin merancang untuk berkunjung ke tempat ini bersama keluarga ataupun dengan rakan-rakan, pastikan anda mendapatkan guide atau rakan anda yang sudah pernah melawatinya. Hal ini adalah supaya perkara tidak diingini berlaku dapat dihindari sebaiknya.

Bila berkunjung ke tempat ini, turut dapat anda rasasi keindahan hidupan flora dan fauna yang memang jarang sekali kita temui di depan mata sendiri. Malah tempat ini juga membolehkan anda melakukan aktiviti menarik seperti bermandi-manda, berkhemah dan berkelah. Kalau rasa diri tu minat aktiviti lasak, anda juga boleh melakukan jungle trekking pada bila-bila masa.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here