Pada dasarnya sendawa adalah hal yang dialami dan tidak perlu dikhawatirkan. Sendawa memberi petanda kebaikan untuk bayi kerana bayi sedang mengeluarkan lebihan gas dari dalam perutnya.  Terutamanya bila selesai menyusu. Ramai dalam kalangan ibu yang akan memberi bayi mereka bersendawa setelah menyusu bertujuan agar ia tidak muntah.

sendawa Selain itu, bersendawa dapat membantu memberi manfaat kepada bayi. Ibu bapa perlu prihatin dalam hal sendawakan bayi mereka.

Walaupun nampak seakan remeh dan biasa, tetapi angin yang berlebihan dalam perut bayi akan mengakibatkan ketidakselesaan bayi tersebut. Bayi mungkin berada dalam keadaan resah. Jadi ibu bapa perlu fahami dan ketahui kaedah terbaik untuk menangani gas berlebihan dalam perut bayi mereka.

Kepentingan Sendawakan Bayi

Angin sering terperangkap dalam sistem penghadaman dan perlu dibebaskan untuk melancarkan fungsinya. Angin keluar melalui mulut atau sebagai kuntut. Itu sebabnya bayi kita sering kentut diawal usia kelahirannya.

Hal ini kerana, bayi tidak terlepas daripada tertelan sedikit angin ketika menyusu badan atau botol. Oleh itu, sendawa dapat melegakan perut bayi agar berasa lebih selesa selepas menyusu.

BACA JUGA :   NORMAL ATAU TIDAK JIKA BABY ANDA KERAP BERSIN?

Punca Masuk Angin Pada Bayi

Menyusu melalui botol lebih mudah bayi anda  masuk ‘angin’. Hal ini kerana dengan menyusu botol, aliran susu lebih cepat dan bayi mudah tertelan angin. Ibu bapa juga dilarang sama sekali menggoncang susu botol terlalu kuat kerana perbuatan ini tanpa disedari dapat menambahkan gelembung udara dalam susu.

sendawa

Bayi yang kelaparan dan minum susu dengan cepat juga boleh mengakibatkan angin dalam perutnya. Jika bayi masih kecil, sila pamkan dahulu aliran susu yang awal sehingga alirannya tidak terlalu laju. Ini khas untuk penyusuan badan.

sendawaPemakanan Ibu Ketika Menyusukan Bayi

Selain cara penyusuan, diet ibu menyusu juga akan menyumbang kepada ‘angin’ dalam perut bayi. Lebih-lebih lagi daripada sumber kekacang dan sayuran tinggi  karbohidrat seperti kubis dan kacang tanah serta minuman berkarbonat. Selain itu, makanan yang selalu menjadi punca alahan kepada bayi apabila dimakan oleh ibu menyusu adalah produk tenusu seperti keju, susu dan aiskrim. Oleh itu, ibu perlu mengubahsuai diet seharian supaya sesuai dengan bayi anda.

BACA JUGA :   Understanding Speech Delay in Children

sendawa  

Bilakah Waktu Terbaik Sendawakan Bayi?

Kebiasaannya, bayi akan mula merengek apabila perut mereka terasa kembung. Bagi mengelakkan masalah ini, sendawakan bayi sejurus selepas menyusukan bayi. Bagi yang menyusu botol, ibu bapa dinasihatkan untuk sendawakan bayi selepas menyusukannya sebanyak 60 ke 90 ml susu.

Bagi yang menyusu badan, sendawakan anak sebelum beralih ke sebelah payudara lagi. Tindakan ini dapat memberi ruang kepada perut bayi untuk minum lebih susu di samping membantu membuatkan bayi lebih kenyang.

Sendawa dan kentut adalah normal bagi bayi untuk mengeluarkan lebihan gas dalam perutnya. Namun begitu, jika bayi muntah terlalu banyak dengan kerap setiap kali makan bukanlah perkara yang normal.

Nasihat kepada ibu bapa, Jika bayi anda bersikap tidak seperti kebiasaan dan nampak kurang aktif, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Saebagus.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here