Nyawa Terkorban, Masjid Dimusnahkan

Sri Lanka mengisytiharkan darurat selama 10 hari untuk meredakan rusuhan anti-Islam yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan merosakkan puluhan rumah serta masjid.

Sri Lanka
Kredit foto : Pradeep Pathiran, Associated Press

Kerajaan Sri Lanka telah menghantar pasukan tentera dan polis elit ke wilayah Kandy dan daerah Taldeniya kira-kira 160 kilometer dari Colombo untuk mengawal keadaan selepas serangan dilakukan ke atas sebuah kedai milik penduduk Islam kelmarin.

Punca Rusuhan anti-Islam

Serangan itu tercetus berikutan kematian seorang remaja Sinhalese yang didakwa diserang oleh sekumpulan penduduk Islam dan polis dilaporkan telah menahan empat lelaki berhubung kes tersebut.

Penduduk Islam yang ditemu ramah melalui telefon berkata, beberapa serangan terhadap harta benda milik mereka berlaku selepas permulaan perintah berkurung yang berkuatkuasa pada kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.

BACA JUGA :   Ketahui Bidang Pengajian Di Bangladesh Yang Diiktiraf Agensi Kerajaan Malaysia

Respon Kerajaan Sri Lanka

Menteri kanan beragama Islam, Rauff Hakeem turut meluahkan kekecewaan terhadap serangan yang hanya menyasarkan harta benda milik penduduk Islam.

“Kegagalan jentera dan pe­rintah undang-undang menjadi punca kepada masalah ini. Kerosakan itu tidak dapat dibayangkan, jelas sekali ianya adalah adalah jenayah kebencian,” katanya.

Sebelum serangan itu, polis menggunakan gas pemedih mata dan semburan air untuk me­nyuraikan penduduk termasuk sami-sami Buddha yang berkumpul berhampiran sebuah balai polis tempatan.

Sri Lanka

Pertembungan itu berlangsung seminggu selepas sekurang-kurangnya lima orang cedera dan beberapa buah kedai serta masjid rosak akibat diserang perusuh di timur Sri Lanka.

Tahun lepas, diplomat me­ngutuk keganasan terhadap umat Islam dan menggesa kerajaan menegakkan hak dan kebebasan beragama setelah lebih daripada 20 serangan ke atas penduduk minoriti itu dikesan

BACA JUGA :   Kisah Persahabatan Islam-Jepun Dalam Komik Satoko To Nada

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here