Bercuti-cuti di Malaysia sememangnya menjanjikan pengalaman indah buat sesiapa sahaja yang menikmatinya. Namun, tak semua orang ada bajet untuk travel dengan mewah. Tidak mengapa, anda juga sebenarnya boleh bercuti di Malaysia walaupun dengan bajet yang tidak seberapa.

 

Haaa macam mana tu ? Jom baca tips di bawah.

Bercuti Ketika Musim Monsun

Bercuti

Di antara bulan November dan Mac, angin monsun timur laut akan menyelubungi negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia. Pada waktu itu, harga hotel dan penerbangan akan menurun untuk jangka masa beberapa minggu. Jadi pastikan anda menempah hotel dan penerbangan pada waktu itu.

Selain negeri pantai timur, negeri-negeri lain adalah sesuai dikunjungi sepanjang tahun. Yang paling penting, elakkan bercuti ketika musim perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Ini kerana laluan perjalanan akan menjadi sangat sibuk.

Kereta Api, Bas Atau Kapal Terbang ?

Bercuti

Sejujurnya, kos pengangkutan adalah bergantung kepada destinasi yang ingin dituju. Sekiranya anda ingin bercuti di dalam negeri-negeri di Malaysia sahaja, kosnya tidaklah begitu berbeza. Kita ambil contoh dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang :

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang menggunakan bas hanya sekitar RM60 sehala, kereta api ETS KTM berharga RM59 dan tiket kapal terbang pula berharga RM79.

BACA JUGA :   7 Fakta Menarik Tentang Negara Mesir

Jadi, pandai-pandailah pilih mod pengangkutan yang dirasakan sesuai dan tidak memenatkan anda. Pastikan anda survey harga terlebih dahulu.

Uber, Grab Atau MyRapid ?

Bercuti bas rapid

Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, anda perlu memilih dengan teliti kerana anda akan menggunakannya dengan kerap.

Teksi adalah sangat tidak disarankan kerana harganya yang mahal. Sebaiknya, naiklah pengangkutan awam seperti LRT dan bas henti-henti yang jauh lebih murah. Sistem bas Rapid beroperasi di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Satu lagi cara nak murah adalah dengan menaiki Uber atau Grab.

Hotel Bajet Atau AirBnB ?

Bercuti air bnb

Anda bertuah kerana AirBnB adalah sah di Malaysia, tidak seperti di negara-negara lain. Ini bermakna anda berpeluang untuk menginap di apartment cantik dan homestay dengan harga yang berpatutan.

Hotel bajet juga adalah satu alternatif untuk anda menginap ketika bercuti. Kebiasaannya hotel bajet sebegini harganya kurang daripada RM100 untuk semalam dan ada sesetengah yang menyediakan sarapan.

Lawatilah Tempat Menarik Yang Tidak Mengenakan Caj Mahal

Bercuti malaysia

Terdapat banyak sebenarnya tarikan menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum. Antaranya adalah berkunjung ke pasar, tempat-tempat keagamaan, mendaki bukit dan banyak lagi.

BACA JUGA :   5 Kelebihan Yang Dapat Dinikmati Apabila Bercuti Dalam Malaysia

Satu lagi tempat menarik yang percuma adalah di Penang Street Art, ambil lah sebanyak mana gambar yang anda inginkan tanpa perlu membayar satu sen pun.

Cari Food Court Atau Warung

Kalau nak cari variasi makanan tempatan dengan harga murah, berkunjung lah ke food court atau yang berdekatan. Di Kuala Lumpur misalnya, anda boleh dapatkan makanan berserta minuman dan pencuci mulut dengan harga bawah RM15.

Jika anda bercuti di tempat selain ibu negara, anda pasti akan jumpa harga yang lagi murah seperti di Ipoh dan Pulau Pinang. Satu lagi nasihat, ketika travel ni makan sekadar yang diperlukan sahaja bagi menjimatkan duit melainkan anda yakin duit anda cukup untuk balik ke destinasi asal.

Diharapkan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang perjalanan travel anda di Malaysia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tips-tips travel dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here