kepada yang sedang ‘obses’ kurus dan mahukan penurunan berat badan, pasti anda akan stress bila mana anda tengah diet tiba-tiba nafsu makan anda melonjak tinggi dan perut anda selalu rasa lapar walaupun telah mengambil makanan yang berat seperti nasi, mi atau roti. Ini menyebabkan diet anda terganggu.

Disini kami kongsikan 7 tips untuk atasi masalah cepat berasa lapar.

lapar

#1. Kurangkan Pengambilan Makanan Segera

Kebanyakan makanan segera mengandungi Monosodium Glutamate (MSG) yang akan menyebabkan makanan itu berasa sedap dan lama kelamaan anda akan ketagih makan makanan segera dalam kuantiti yang banyak. Terang terangan membahayakan kesihatan.

lapar#2. Pengambilan Makanan Pagi

Sesetengah dari kita beranggapan bahawa mengambil sarapan pagi akan menyebabkan kalori anda seharian bertambah. Tanggapan itu adalah salah kerana pengambilan makanan pagi sebenarnya hanya mengalas perut dan memberi tenaga kepada anda agar tidak mudah berasa lapar sebelum waktu makan tengahari.

lapar

#3. Pengambilan Makanan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

Buah-buahan dan Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat dan vitamin serat yang memberikan nutrisi kepada badan anda. Kandungan serat mampu membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang panjang. Anda disarankan untuk menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran snek anda ketika berasa lapar.

BACA JUGA :   KSMU: Universiti Perubatan yang Terbaik di Rusia

lapar

#4. Minum Air Kosong

Badan kita memerlukan air yang banyak setiap hari untuk melancarkan proses pencernaan. Oleh itu, anda disarankan minum sebanyak 8 gelas air  atau lebih pada setiap hari atau 3L air sehari untuk keperluan badan anda. Kekurangan air dalam badan menyebabkan anda akan cepat berasa lapar.

lapar#5. Kawal Emosi

Pastikan emosi anda stabil. Anda perlu mengawal tekanan perasaan secara positif. Tekanan perasaan yang tidak terkawal boleh meningkatkan penggunaan tenaga kimia oleh otak anda dan seterusnya akan menyebabkan anda mudah berasa lapar. Selain itu, pastikan anda tidur tidak melebihi waktu kebiasaan. Jangan berjaga malam tau!. Hal ini akan menyebabkan perut anda berasa lapar.

lapar

#6. Sibukkan Diri Dengan Rutin Harian Anda

Bosan boleh menyebabkan kita cepat berasa lapar. Sibukkan diri anda dengan tugasan kerja harian anda. Selain itu, penuhi aktiviti masa lapang anda dengan melakukan hobi bagi mengatasi perasaan bosan seperti menunggang basikal, menanam pokok dan lain-lain.

BACA JUGA :   Kurangkan Aktiviti Fizikal & Luar Bangunan Musim Panas Ini

lapar

#7. Elakkan Rasa Sejuk

Rasa lapar juga boleh terjadi apabila kita berada di dalam suhu yang terlalu sejuk seperti ketika hujan atau memasang pendingin udara terlalu kuat. Atasi rasa sejuk dengan melakukan senaman ringan untuk memanaskan badan dan anda juga boleh minum secawan teh suam tanpa gula.

Diharapkan sedikit tips ini dapat membantu anda daripada sentiasa berasa lapar. Pastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk keperluan badan anda. Jadikan piramid makanan sebagai panduan pengambilan makanan anda seharian. Jangan hidup untuk makan tapi makanlah untuk meneruskan kehidupan.

lapar

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Tips dan Petua

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here