Rata-rata ahli barisan tertinggi FAM berasa terkejut dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), malam tadi yang menyatakan baginda harus meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan ranking terbaru skuad Harimau Malaya yang jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-178 dunia.

TMJ
Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor

FAM mendapati bahawa kenyataan itu lebih kepada luahan kekecewaan baginda terhadap segelintir netizen yang kerap kali akan menyalahkan Presiden FAM setiap kali ranking skuad Harimau Malaya jatuh.

Justeru, badan bola sepak itu menegaskan bahawa Tunku Ismail tidak perlu sebenarnya untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAM, hanya kerana desakan segelintir netizen ini. Harus diingat bahawa banyak sebenarnya kejayaan dicipta Tunku Ismail sepanjang tempoh hampir setahun baginda bergelar Presiden FAM sejak tanggal 25 Mac 2017.

Antaranya usaha baginda telah berjaya meningkatkan nilai Liga Malaysia berbanding sebelum ini iaitu dengan mendapatkan penajaan lumayan yang sekali gus membolehkan setiap pasukan Liga Super menikmati insentif sebanyak RM3 juta manakala pasukan Liga Premier sebanyak RM1 juta untuk musim ini.

BACA JUGA :   BONGKAR... TMJ Dedahkan Ada Beberapa Pemain Harimau Malaya Tunjuk ‘Besar Kepala’

Pasukan-pasukan bawah umur kebangsaan juga telah mempamerkan persembahan memberangsangkan di peringkat Asia dengan skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018, skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak layak ke Kejuaraan B-19 AFC 2018 dan begitu juga skuad B-16 yang layak ke Kejuaraan B-16 AFC 2018 serta skuad futsal lelaki kebangsaan layak ke Kejuaraan Futsal AFC 2018.

Tidak cukup dengan itu, kredibiliti dimiliki Tunku Ismail turut memudahkan FAM menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak di seluruh dunia serta memperkasakan lagi hubungan dengan FIFA dan AFC.

Sekiranya TMJ dibenarkan meletak jawatan, sudah tentu Liga Malaysia akan kehilangan penaja dan tiada insan lebih layak menggantikan tempat baginda sebagai Presiden FAM.

Oleh itu, semua barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (Exco FAM) telah bersetuju untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan TMJ Presiden FAM dan mahu baginda terus kekal memegang jawatan berkenaan.

BACA JUGA :   Tunku Ismail - Berjaya Menstruktur Persatuan Sebelum Letak Jawatan

Dalam dunia ini, susah untuk kita memuaskan hati semua pihak. Biarpun mungkin TMJ tidak dapat memuaskan hati segelintir netizen ini, baginda sebenarnya telah berjaya memuaskan hati ramai pemegang taruh sukan bola sepak di negara ini, tidak kiralah di kalangan pasukan, pemain, jurulatih, pegawai, peminat, penyokong dan semua yang terlibat.

FAM menegaskan bahawa TMJ masih sah bergelar Presiden FAM kerana mengikut prosedur FAM, jika mana-mana Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mahu meletak jawatan, individu berkenaan perlu menghantar surat rasmi dan Jawatankuasa Eksekutif FAM berhak menerima atau menolak peletakan jawatan itu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here