Perkahwinan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, selamat disempurnakan dalam satu majlis di Bentong, Pahang pada Januari lepas. Selepas berkongsi keunikan pelamin majlis perkahwinan sebelum ini, kali ini dikongsikan pula keindahan Tulum yang menjadi pilihan lokasi bulan madu pasangan itu.
Kenapa Maxico yang menjadi pilihan mereka? Ramai yang tahu Mexico adalah negara terbesar pengeluar dadah kan? Tapi anda tidak mengetahui bahawa di Mexico juga mempunyai tempat-tempat menarik yang sesuai dijadikan tempat berbulan madu mahupun sebagai tempat percutian anda.
Untuk pengetahuan anda keindahan alam sekitar di Mexico mempunyai banyak hidden spot menarik jika anda mengetahuinya, antaranya pantai Tulum, Playa Mazunte dan Troncones.
Menerusi perkongsian Yuna di laman instagramnya menunjukkan beliau sedang bersama suaminya berbulan madu di Tulum, suasana sungguh cantik dan menarik.
Pantai Tulum merupakan salah satu pantai di Mexico yang sungguh indah pemandangannya. Jika dilihat pantai tersebut dihiasi dengan sisa-sisa runtuhan bangsa Maysa Kuno, disamping keindahannya anda juga berpeluang melihat peninggalan sejarah negara tersebut.
Lihat ni, gambar yang dimuat naik oleh Yuna…
Selain itu, Tulum juga dikenali sebagai runtuhan arkeologi maya yang bergoyang-goyang di tebing curam. Dibawah air biru itu mempunyai pasir putih memperlihatkan lagi kejernihan air pantai tersebut.
Mungkin lokasi ini anda perlu tambahkan dalam senarai tempat percutian anda di masa akan datang. Tengok gambar pun hati mula tertarik, apatah lagi jika kita sendiri yang merasai keindahan pantai Tulum, menjadi satu memori indah dalam hidup.
Untuk pengetahuan anda juga, Tulum merupakan bandar yang berhadapan dengan laut Caribbean dan sangat terkenal dengan air jernih serta berwarna kebiruan, dan mungkin ini adalah salah satu faktor Yuna dan suami memilih Mexico.
Salah satu lokasi menarik yang mereka pergi ketika berada di Tulum adalah Grand Cenote, gua yang mana airnya sungguh jernih. Apabila sampai di lokasi tersebut anda juga perlu berkunjung kerana memang sangat menarik.
Tengok Yuna ni sedang menikmati keindahan Cenote…
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com