Idea kreatif dalam mewujudkan satu konsep baharu iaitu penyediaan perkhidmatan restoran di dalam kereta api, menunjukkan satu idea bijak untuk menarik lebih ramai masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam darat.
Bukan hanya berfungsi sebagai pengangkutan semata-mata tetapi turut menyediakan perkhidmatan restoran. Beberapa orang pencipta telah berjaya mereka semula pengangkutan kereta api ini menjadi sebuah restoran dan hotel yang cukup unik.
Disamping dapat menikmati pemandangan indah sepanjang berada di dalam kereta api, pengguna juga merasai keenakan pelbagai menu makan tersedia selama mana mereka masih berada dalam perkhidmatan tersedia itu.
Berikut 7 restoran menawarkan peluang kepada anda yang berhasrat untuk menikmati restoran dalam kereta api unik ini.
#1. The Spotgate
Restoran ini menggunakan konsep seperti hotel-hotel mewah, tidak hanya fokus kepada hiasannya, tetapi turut dilengkapi dengan perabot yang sangat selesa. Keadaan sangat tersun cantik, membolehkan para penumpang menikmati hidangan dalam kereta api ini dengan penuh nostalgia dunia realiti.
Jika anda berminat untuk merasai pengalaman indah seperti ini, anda boleh berkunjung ke United Kingdom (UK), restoran kereta api unik ini dahulunya berada di bawah kendalian syarikat Pullman yang mana akan menghubungkan penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain.
#2. 1880 Town
Restoran ini menjalankan operasi sepanjang hari, dan ini merupakan salah satu daya tarikan kuat yang membuatkan para pengunjung berasa sentiasa mahu datang ke tempat ini.
Lokasinya berada di Amerika Syarikat (AS), dahulunya berfungsi sebagai penghubung kepada penumpang dari Chicago ke California, iaitu merupakan kerta api Santa Fe. Setelah lama kemudian, kereta api in berjaya diubahsuai menjadi sebuah restoran unik dan mempunyai peminat setia yang sering berkunjung untuk menikmati keunikan itu.
Bukan itu sahaja, di sini juga anda boleh menikmati keenakan pencuci mulut seperti pai krim yang menjadi pilihan majoriti para pengunjung yang datang dan ia telah menjadi pencuci mulut popular.
#3. Sahib Sindh Sultan
Kereta api unik ini terletak di Hyderabad, India. Sahib Sindh Sultan ini menawarkan konsep makanan India, sama seperti yang lain menawarkan peluang menikmati makanan dan keindahan berada di dalam kereta api.
Hidangan yang bakal dihidangkan adalah seperti masala cendawan dan kebab kambing. Dengan hasil dekorasi di dalamnya membuatkan para pengunjung akan berasa terpukau kerana ia sungguh unik, kreatif dan betul-betul mengikut budaya India yang ditampilkan di dalam kereta api ini.
#4. The Station Kitchen
Suasana di dalam restoran The Station Kitchen ini bukan sahaja unik tetapi cukup mewah. Hadir dengan ciri tersendiri membuatkan ia berjaya menarik perhatian syarikat penerbit siri televisyen Broadchurch, seterusnya menjadikan tempat ini sebagai tempat penggambaran.
Sedangkan syarikat penerbit siri televisyen tertarik dengan keunikannya, apatah lagi anda yang belum merasainya, sekali cuba pasti mahu lagi. The Station Kitchen ini terletak di platform Stesen Old West Barat Dorset, England.
#5. Sporvejen
Terletak di Denmark, merupakan sebuah restoran dalam kereta api yang membawa keunikan tersendiri dengan hiasan dalam menggunakan konsep klasik. Bagi sesiapa yang berjiwa klasik anda boleh letak target untuk berkunjung ke tempat ini.
Apabila pengunjung sampai ke destinasi Sporvejen ini, mereka berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan burger tersedia di dalam kereta api ini. Anda juga seorang penggemar burger? Inilah tempatnya. Disamping itu, restoran ini juga telah menyediakan ruang makan yang cukup selesa buat para pengunjungnya.
#6. Hotel The Sidings
Bukan sahaja berkonsepkan sebuah restoran, tetapi juga sebahagian gerabak itu telah diubahsuai menjadi bilik-bilik sebagai kemudahan para pengunjung untuk tidur dan berehat. Walaupun jamu makan adalah yang utama, tetapi tidak dilupakan juga untuk memberi peluang para pengunjung merasai suasana baru apabila menginap di bilik-bilik tersedia itu.
Restoran Hotel The Sidings ini terletak di wilayah New York, United Kingdom. Direka dengan menampilkan konsep Pullman pada tahun 1985 oleh bekas seorang pencinta kereta api.
#7. Toget
Menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk menimati kepelbagaian menu yang dihidangkan apabila berada di restoran ini. Antara menu hidangan teristimewa yang disediakan ialah sup ikan dan kentang putar.
Restoran Toget ini adalah hasil gabungan dua gerabak kereta api, untuk menjadikan ia lebih luas dan dapat menampung lebih ramai pengunjung dalam satu masa. Dibina di tengah-tengah Bandar Norway yang mana waktu operasi restoran ini hanya dibuka pada bulan April sehingga bulan Oktober sahaja.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com