BERNASPertanian adalah satu perniagaan. sektor pertanian banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara. Baru-baru ini, Anugerah Tani BERNAS 2018, telah diadakan di Mutiara Ballroom, Hotel Royale Chulan Damansara. Anugerah ini dianjurkan oleh Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Anugerah ini, bertujuan memperkenalkan dan mengiktiraf serta memartabatkan usaha penyertaan petani wanita dalam bidang pertanian, khususnya dalam penanaman padi. Anugerah Khas Serikandi ini, telah memilih tiga pesawah wanita menerima Anugerah Khas Srikandi pada majlis Anugerah Tani BERNAS 2018.

BERNASWanita yang bertuah menerima anugerah ini ialah, Zaliha Abd Rahman, 67, dari Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, dari Teluk Intan, Perak, Hamisah Hashim, 54, dan dari Tanjung Karang, Selangor, Ngatirah Junet, 42.

Masing-masing membawa pulang  wang tunai sebanyak RM5,000, plak dan sijil, mesin pam air serta penyembur baja yang disampaikan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

 BERNAS

Mereka yang terpilih  berdasarkan sumbangan dan pencapaian yang konsisten dalam pengeluaran hasil padi yang baik dan bermutu tinggi. Ini merupakan sumbangan besar para petani kepada pertanian di Malaysia.

BACA JUGA :   ‘Kita Perlu Turun Padang Juga’ - Malaysia Berada Dalam Kumpulan Bahaya

Oleh itu, kebolehan wanita tidak dapat disangkal lagi,  wanita dan pertanian cukup rapat terutama dalam industri membabitkan padi dan beras negara. Dapat kita lihat bahawa, wanita amat penting dalam sektor ini, terutamanya beras.

BERNAS

Kalau dulu menanam padi, mengerat, membanting, menumbuk, menampi serta menanak nasi adalah wanita. Tidak cukup daripada itu, setelah menjadi nasi, menyuap pun wanita. Jasa dan pengorbanan wanita amat besar.

Selain itu, turut menerima pengiktirafan ialah Anugerah Pesawah Cemerlang, Wan Chik Ali, 72 dari Seberang Prai Utara. Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM10000, mesin ‘Power Tiller’ dan sijil. Sumbangan beliau bersama kesetiaan selama 21 tahun dengan (BERNAS) sejak 1997.

Anugerah Tani BERNAS 2018 juga memberikan pengiktirafan kepada Pengilang Bumiputera Cemerlang, iaitu Kilang Beras Othman Jusoh Bersaudara dan Pemborong Bumiputera Cemerlang kepada Juara Selera Sdn Bhd. Mereka menerima wang tunai sebanyak RM5,000, plak dan sijil.

BACA JUGA :   Malaysia Bakal Diancam Serangan Siber?

BERNAS

Anugerah ini telah memasuki tahun kedua. Ia sebagai memberi penghargaan kepada usaha serta kerja keras pesawah, pengilang dan pemborong yang setia sebagai rakan tani BERNAS.

Pada tahun pertama penganjuran, BERNAS mengiktiraf 18 rakan tani, menerusi empat kategori pesawah iaitu Pengilang, Pemborong, Kategori khas dan Pembekal Perkhidmatan.

Anak muda, khususnya belia hari ini digesa supaya melibatkan diri dalam bidang pertanian. Anugerah ini dilihat memberi suntikan semangat kepada pesawah seluruh Malaysia, untuk terus usaha dengan mengeluarkan hasil tanaman yang bermutu tinggi untuk dipasarkan di dalam dan di luar negara.

BERNAS

Sumber: Berita Harian 

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here