khasiat

Anda seorang yang gemar makan belimbing madu?Tahukah anda bahawa belimbing madu banyak khasiatnya?Khasiat belimbing madu untuk kesihatan, anda tidak perlu diragukan lagi. Terdapat banyak khasiat dalam kandungan vitamin, mineral dan zat yang penting di dalam belimbing madu baik kepada  tubuh manusia.

Selain itu, ia mampu memberikan kecantikan dan kesihatan kepada kita. khususnya kepada golongan wanita yang sedang dalam proses diet, buah belimbing madu adalah salah satu solusinya.

Buah belimbing madu mengandung  mineral, kalori, protein, karbohidrat, dan beberapa vitamin. Sehingga kini, tidak heran jika buah ini juga sering digunakan sebagai bahan pembuatan ubat dalam rawatan herbal. Rasa belimbing madu yang manis dan tidak memiliki serat menyebabkan belimbing madu lebih disukai jika dibanding jenis belimbing lain.

khasiat

Pastinya anda ingin tahu manfaat belimbing madu, antaranya adalah:

1. Khas Kepada Sesiapa yang Sedang Diet 

Bagi wanita yang ingin menjaga berat badan, kandungan vitamin C,  Tanin, serat dan air pada belimbing madu mampu mempertahankan rasa kenyang lebih lama sehingga dapat membantu program diet anda. Selain itu, anda juga boleh amalkan makan buah almond untuk diet anda. Kerana ia memiliki fungsi-fungsi yang sama dengan belimbing madu.

2. Penjagaan Kulit Yang Sihat

Kandungan Vitamin A dan E yang terdapat pada buah belimbing madu dapat membantu menyegarkan dan menjaga kesihatan kulit. Vitamin E yang terkandung, merupakan sumber Vitamin yang dipercayai mempunyai manfaat untuk menjaga kesihatan kulit wajah dan tubuh, tak heran jika dalam produk kecantikan wajah sering kita menemukan Vitamin E ini sebagai bahan utamanya.

BACA JUGA :   Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah Yang Perlu Anda Tahu!

3. Mengawal Radikal Bebas

Radikal bebas memiliki sifat tidak stabil dan sangat reaktif. Radikal bebas mampu menyerang berbagai molekul dalam tubuh, seperti lipid, asam nukleat, dan protein sebagai target utama. Sehingga, dapat menyebabkan kerosakan sel, protein, dan DNA, serta gangguan keseimbangan dalam tubuh.

khasiat

4. Proses Pencernaan Badan

Kandungan serat, tanin dan air yang tinggi dalam belimbing madu dapat melancarkan pencernaan di dalam tubuh dan melancarkan pembuangan air besar. Bagi anda yang mengalami masalah sembelit, adalah dinasihatkan untuk anda mengambil buah belimbing madu ini dalam rutin harian anda.

6. Pencegahan Barah

Penyakit barah dapat dicegah dengan mengkonsumsi buah belimbing madu. Kandungan flavonoid dan antioksidan dapat melindungi sel di dalam tubuh agar terhindar dari penyakit barah. Belimbing madu dapat membantu fungsi enzim di dalam tubuh untuk bekerja secara optimal.

 7. Mengatasi Darah Tinggi

Buah belimbing madu dapat dijadikan menu makanan sihat untuk mencegah penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi. Bagi Anda yang sering mendapatkan gejala penyakit tersebut, boleh mencuba  untuk mengamalkan buah ini. Kandungan Kalium yang tinggi dan Natrium yang rendah sangat baik dan menjadikan belimbing madu ini sebagai ubat anti hipertensi.

8. Merawat Mata Anda

BACA JUGA :   Daging Arnab Dalam Diet

Kandungan Vitamin A di dalam belimbing madu dapat merawat dan menjaga mata anda. Amalkan makan belimbing madu untuk mendapatkan kesihatan mata yang anda impikan.

khasiat

9. Menstabilkan Kolesterol

Kolesterol berlebihan pada tubuh anda mampu dikurangkan dan distabilkan oleh buah belimbing madu. Kandungan ektin yang terdapat dalam buah belimbing madu mampu mengikat kolesterol dan asam empedu dalam usus, kemudian membantu pengeluarannya sehingga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan melancarkan pencernaan.

10. Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah Belimbing Manis bermanfaat sebagai antioksidan dan mampu menigkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

11. Pembentukan Sel Darah Merah

Bagi ibu yang sedang hamil, mungkin anda mengalami kekurangan darah atau anemia  yang serius. Kandungan zat besi  pada buah belimbing madu mampu membantu pembentukan hemoglobin (Hb) dari sel darah merah, dimana Hb ini sendiri berperanan dalam menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta pada janin.

Terdapat banyak khasiat belimbing madu. Anda hanya perlu praktikal atau amalkan pengambilannya di rumah. Buah belimbing madu dapat dijadikan jus minuman bagi memudahkan anda.

khasiat

Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat Untuk Anda.

Sumber: Manfaat.co.id

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here