Pada setiap bulan kebiasaannya masyarakat akan menyediakan senarai barangan keperluan yang perlu dibeli. Langkah ini juga menjadi amalam panduan agar tidak berlaku pembaziran dengan pengeluaran wang di tempat yang tidak sepatutnya.
Majoriti pembeli akan membeli barang keperluan dalam kuantiti yang banyak untuk jangka masa tertentu. Malah mereka juga tidak perlu berulang kali ke pasar pada setiap hari. Tapi adakah pembelian itu dilakukan dengan bijak dan lebih teliti?
Bahan mentah seperti ubi kentang dan bawang jika dibiarkan untuk jangka tertentu menyebabkan ia mengeluarkan tunas. Kalau buang nampak membazir, jadi lebih baik dimakan seperti biasa kerana tidak mahu berasa rugi.
Tapi tahukah anda, sayuran seperti ubi kentang yang sudah bertunas jika dimakan juga akan menyebabkan implikasi buruk kepada kesihatan individu. Ramai yang tidak tahu dan terlepas pandang tentang perkara ini, malah sehingga kini masih ramai yang melakukannya.
Ketahui 5 sebab kenapa ubi kentang serta sayuran lain bertunas perlu dihentikan pengambilannya :
#1. Menyebabkan Sakit Perut
Anda dinasihatkan agar bersikap teliti pada setiap masa untuk melihat perubahan pada bahan mentah yand ada di rumah. Jika ubi kentang di rumah anda sudah mula bertukar warna dan mengeluarkan tunas, sila buang dan jangan sesekali memakannya seperti buah segar, masak tanpa ragu.
Sekiranya anda perasan kentang yang sudah berubah warna ini dimasak dan dimakan, ia akan terasa sedikit pahit dan itu adalah tanda bahawa kentang tersebut mengandungi racun terutama pada bahagian batang tunas.
Jika anda tetap memakannya, maka ia akan memberi kesan kepada sistem pencernaan yang mana anda akan mengalami gangguan sakit perut.
#2. Menyebabkan Sakit Kepala
Sakit kepala merupakan satu gangguan membuatkan anda berasa tidak selesa dan sukar memberi tumpuan terhadap kerja yang dilakukan. Makan ubi kentang bertunas bukan sahaja menyebabkan anda sakit perut, tapi jika memakannya dalam kuantiti banyak akan mendatangkan mudarat kesihatan lain.
Apabila anda memakan ubi kentang bertunas dalam kuantiti banyak sebenarnya membolehkan anda mendapat serangan penyakit lain seperti mual, pening, muntah, perut kejang dan sakit kepala.
#3. Kulit Ubi Kentang Berwarna Hijau Mengandungi Racun
Warna hijau pada kulit ubi kentang sebenarnya bukan menunjukkan ia belum matang untung dimakan, tetapi ia adalah salah satu tanda bahawa ubi tersebut mengandungi racun berbahaya yang boleh menyebabkan anda keracunan makanan walaupun anda sendiri yang memasaknya dirumah.
Manakala tunas pada ubi kentang adalah bahan kimia solanin dan alkaloid berbahaya. Jika dalam industri penanaman ubi kentang, bahan solanin memang wujud dan ia akan menyebabkan kentang itu rasa pahit bila dimakan.
#4. Tidak Lagi Mempunyai Khasiat
Khasiat yang terkandung di dalam ubi kentang seperti potassium, vitamin C, bekalan karbohidrat kompleks, dan fiber sememangnya boleh diperolehi daripada kentang ini. Tetapi apabila tunas mula keluar menyebabkan ia sudah bertukar menjadi gula, khasiatnya sudapun hilang.
Jika anda melihat ubi kentang yang dibeli itu mula bertukar warna, menjadi lembut dan mula kecut, kentang tersebut patut dibuang dan jangan cuba untuk memakannya kerana ia sudahpun kehilangan khasiat yang sepatutnya terkandung di dalamnya.
#5. Mengundang Risiko Kanser
Ubi kentang ramai yang tidak tahu tentang terdapatnya kandungan arkilamida, yang mana ia adalaah senyawa organik sederhana dan dilihat menggunakan kaedah rumusan sains C3H5NO dan didapati berpotensi membawa bahaya pada keishatan (menyebabkan kanser atau karsinogenik).
Kajian pernah dilakukan oleh pakar terhadap haiwan, mereka menemui kaitan antara akrilamida dengan penyakit kanser tetapi tidak begitu jelas, tetapi mereka tidak menolak bahawa akrilamida juga mungkin boleh menjadi punca kepada penyakit kanser kepada manusia seperti kanser ovary dan sebagainya.
Sumber : Siakap Keli
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com