Untuk entri kali ni, Team Deenamik nak kongsikan tempat-tempat makan yang best dekat Singapore. Haa jangan risau, semua kedai makan ni adalah halal, siap ada sijil pengesahan halal lagi tu. Bukan setakat makanan Malaysia je, makanan dari Jepun, Korea, western pun ada.
Ok takmau cerita panjang, jom kita tengok kedai makanan halal yang terkenal dekat Singapura ni :
#1. Hararu Izakaya
Restoran ini adalah satu-satunya restoran Izakaya di dunia yang dimilki oleh pemilik Muslim. Keistimewaan Haruru Izakaya yang anda patut cuba adalah hidangan halal Jepun. Dekat sini memang banyak lah makanan macam onigiris, miso soups, char-grilled dan banyak lagi.
Bab minuman jangan risau, dekat sini minumannya halal dan tak perlu ragu-ragu.
Alamat : 16 Bussorah Street, Singapore 199437
Waktu Operasi : Setiap hari dari 12pm – 2.30pm (lunch), 5pm to 11pm (dinner). Tutup pada hari Isnin.
#2. Chef Wan’s Kitchen
Kedai ini mula dibuka pada Julai dan dimiliki oleh chef selebriti yang cukup terkenal, siapa lagi kalau bukan Chef Wan. Antara menu yang paling terkenal dekat sini adalah Sup Ekor dan Rendang Daging.
Ditambah pula dengan lokasinya yang menghadap Esplanade Restaurant, para pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah di samping dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.
Alamat : 8 Raffles Avenue, #02-14, Esplanade Mall, Singapore 039802
Waktu Operasi : Setiap hari pukul 12pm – 2.30pm, 5.30pm – 10.30pm
#3. The Halia, Singapore Botanic Gardens
Lokasi kafe ini terletak di tapak warisan dunia UNESCO. Restoran ini sudah dibuka sejak 16 tahun lalu dan seringkali menjadi lokasi yang wajib dikunjungi setiap kali bercuti di Singapura.
Banyak menu baru yang ditambah setiap tahun, termasuklah Cauliflower dan Shallot Bake. Satu lagi hidangan yang terkenal di sini adalah Chilli Crab Spaghettini.
Alamat : 1 Cluny Road, Ginger Garden, Singapore 259569
Waktu Operasi : Isnin – Khamis: 12pm-9.30pm, Jumaat : 12pm-10pm, Sabtu : 10am -10pm, Ahad & Cuti Umum : 10am – 9.30pm.
#4. Mukshidonna
Mukshidonna adalah satu rangkaian kedai makan yang cukup terkenal di Korea. Pertama kali dibuka di Singapura pada 2016, kedai ini telah mendapat pengiktirafan sijil halal pada 2017.
Menawarkan Army Stew versi halal kepada pengunjung Muslim di mana para pengunjung boleh menikmati hidangan tradisional Korea seperti bulgogi, sosej, fish cakes dan macam-macam lagi.
Alamat : Market Square @ Downtown East, 1 Pasir Ris Close, E!Avenue #02-324, Singapore 519599
Waktu Operasi : Setiap hari 11:30am – 10:00pm
#5. The Dim Sum Place
Dim Sum adalah tempat yang ‘perfect’ kalau anda berminat nak makan Dim Sum Kantonis yang halal. Selalunya, dekat kedai ini pengunjung akan order classic Carrot Cake, traditional egg tarts dan juga Siew mai versi halal.
Alamat : 791 North Bridge Road, Singapore 198759
Waktu Operasi : Isnin – Khamis, Ahad : 11am – 2.30pm, 5.30pm – 11pm. Jumaat & Sabtu : 11am – 2.30pm, 5.30pm – 5am.
#6. Swissbake
Swissbake adalah kedai berkonsepkan bakery yang menyediakan hidangan-hidangan pastri yang lazat dari Eropah. Kedai ini sudah mendapat pengiktirafan sijil halal pada Julai lalu, dan kesemua pastri keluaran mereka termasuklah Commons, Kraftwitch by Swissbake, PastaMania dan ZAC Butchery juga kini boleh dinikmati oleh pengunjung Muslim.
Alamat : Marina Bay Link Mall, 8A Marina Boulevard B2-47
Waktu Operasi : Hari Minggu : 7.30am – 10pm. Hujung Minggu : 9.00am – 4.00pm
#7. Ridhuan’s Muslim Delights
Kedai makanan halal Ridhuan ni sememangnya syurga makanan halal bagi anda yang sudah sebati dengan selera Asia Tenggara. Terletak di kawasan industri Tuas, Ridhuan’s Muslim Delights menyediakan hidangan tradisional Cina seperti Dry Chili Beef Rice, Salted Egg Chicken Rice dan banyak lagi menu halal.
Alamat : 25 Benoi Road, Singapore 629914
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 10.30am – 06.30pm (tutup pukul at 1 – 2pm untuk solat Jumaat) Sabtu : 9.30am – 2.00pm
Semoga artikel ini dapat membantu yang anda mencari tempat-tempat makan halal yang best dekat Singapura !
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com