lobak merah

Khasiat Lobak Merah Dalam Kesihatan dan Kecantikan Harian

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Malah pengambilan sayur-sayuran dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang terang-terangan mempunyai kesan sampingan. Begitu juga dengan lobak merah, yang merupakan antara sayuran yang enak dinikmati dalam hampir semua hidangan.

Ia juga baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh terutama pada kulit, mata, sistem penghadaman dan gigi.

sayur

Walau bagaimanapun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu khasiat-khasiat lain yang diperolehi apabila mengambil lobak merah. Jadi, disini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa khasiat dan kebaikan yang diperolehi dengan memakan sayuran ini.

sayur

Lobak merah sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dapat menghalang pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan sihat.

Lobak mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

sayur

Sayuran ini berfungsi untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan Nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah, dapat menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Kembali Kepada 3 Angka.

Selain itu, lobak merah boleh merawat mata anda dan mengekalkan penglihatan yang lebih baik. Ini kerana dalam lobak terkandung vitamin A dan B. Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.

sayur

Lobak amat sesuai dimakan untuk anda yang mengalami masalah mata. Beta-carotene membantu melindungi daripada degenerasi macula dan perkembangan katarak.

Selain itu, dengan memakan lobak dapat meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu memerangi kanser. Kajian menunjukkan dengan makan lobak boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon.

sayur

Ini kerana lobak merah mengandungi Falcarinol yang dapat mengurangkan risiko terkena kanser. Falcarinol adalah racun perosak semula jadi yang terdapat dalam lobak yang melindungi akarnya dari penyakit kulat. Namun, ia tidaklah berbahaya kepada manusia tetapi dapat mencegah kanser.

Dalam kajian juga menyatakan bahawa, makan satu lobak merah setiap hari dapat membantu anda mengeluarkan kolestrol yang tidak baik untuk badan. Disamping untuk kesihatan, khasiat lobak dapat meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak kerana mempunyai banyak kalori membantu tajamkan ingatan kanak-kanak.

BACA JUGA :   Nak Belikan Hadiah Untuk Si Dia? Ini Tips Berguna Untuk Anda!

sayurLobak merah boleh dibuat jus. Jusnya sangat berkhasiat dan dapat memberikan ketenangan setiap hari jika diamalkan minumnya. Selain bagus untuk mereka yang mengalami diabetis. Tapi mesti ‘original’ tanpa tambahan gula atau perasa lain.

Lobak merah berupaya untuk mengurangkan risiko ‘stroke’. Berdasarkan kajian dari Universiti Harvard, sesiapa yang kerap makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu, peratus untuk mengalami ‘stroke’ adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebijik lobak merah sahaja dalam seminggu.

Lebih menarik lagi, anda juga boleh amalkan makan lobak bagi mendapatkan gigi yang cantik. Lobak bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi. Lobak juga mengandungi mineral semulajadi yang dapat membantu membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

sayur lobak merah

Mulai hari ini, keraplah anda makan lobak merah demi kesihatan diri dan kecantikan anda.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here