Apabila anda memulakan sesebuah bisnes, pastinya anda akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar. Ada yang berjaya, dan ada yang menemui kegagalan. Bak kata orang, langit tidak selalunya cerah.
Bagi orang-orang yang berjaya, mereka menganggap kegagalan itu sebahagian daripada sebuah perjalanan. Gagal itu normal, tetapi yang penting, bagaimana seseorang itu belajar daripada kegagalan dan menjadi lebih kuat di masa akan datang.
Lihat sahajalah Bill Gates, Richard Branson dan Walt Disney. Sebelum berhenti belajar di Universiti Harvard dan mencipta Microsoft, Gates mengasaskan sebuah laman web pemantauan trafik yang dipanggil Trad-O-Data, yang mana syarikatnya itu gagal.
Sepanjang hidupnya, Branson bergelut dengan disleksia. Beliau berhenti bersekolah pada usia 16 tahun, dan kemudiannya membangunkan Virgin. Di Virgin, Branson menghadapai pelbagai masalah, cuba menubuhkan sebuah syarikat soda, syarikat pakaian perkahwinan, agensi muat turun digital, tetapi semua syarikat itu gagal.
Walt Disney juga sudah lali dengan kegagalan. Beliau dipecat daripada pekerjaannya sebagai penulis majalah kerana juru editor merasakan dia sangat ‘kurang imaginasi’. Selepas itu, dia menubuhkan Laugh-O-Gram Studio, yang kemudiannya bankrap selepas 2 tahun.
Justeru, orang-orang yang berjaya sebenarnya bukanlah orang yang tak pernah gagal. Tetapi, mereka sentiasa belajar dari kegagalan.
Di sini kami paparkan kisah hidup 10 billionaire terkenal di dunia dan bagaimana mereka bangkit menghadapi kegagalan. Jom kita baca kisah mereka melalui infografik-infografik di bawah :
Bill Gates
Jeff Bezos
Larry Ellison
Walt Disney
Oprah Winfrey
Michael Bloomberg
Andrew Carnegie
Jack Ma
Elon Musk
Richard Branson
Semoga kisah kebangkitan mereka ini akan menginspirasikan anda untuk terus berusaha bagi mencapai dan merealisasikan impian yang anda inginkan.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com