Langkawi
Team Deenamik bersiap sedia untuk bertolak dari Teminal Bersepadu Selatan ke Stesen Bas Kuala Perlis

Hi korang! Hari ni kami nak kongsi pengalaman kami “’short vacation’ ke Pulau Langkawi selama 2 hari 1 malam. Best sangat ke pergi Langkawi? Haa. Meh kita tengok apa yang best sangat kat sana tu.

Kami memulakan perjalanan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Nak bas je uolls. Kalau drive nanti badan yang penat. Hihi. Setelah menaiki bas selama 8 jam, akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.

Langkawi
Suasana keadaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Buat korang yang nak datang naik bas jugak tu, stesen bas ke jeti Kuala Perlis tak jauh pun. Dalam 5 minit berjalan kaki je dah boleh sampai dah.

Kalau korang nak tahu, di Jeti Kuala Perlis ada banyak kemudahan. Antaranya ialah tandas, surau, ruang menunggu dan sebagainya.

Senarai harga tiket ketika itu:

  • Dewasa (12 tahun dan ke atas) : RM18
  • Kanak-kanan (3-11 tahun) : RM13
  • Kanak-kanan (bawah 3 tahun) : PERCUMA

Kami menaiki feri yang paling awal beroperasi iaitu pada pukul 7 pagi. Korang jangan risau, perkhidmatan kaunter tiket feri banyak disediakan di jeti.

Khidmat feri ni sama je macam khidmat bas kat kota raya tu. Setiap sejam akan ada je feri yang datang ambil korang. Haa! Tapi, ingat tau Perkhidmatan feri hanya beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam je!

Langkawi
Team Deenamik selamat tiba di Jeti Kuah, Langkawi

Masa yang diambil dari Jeti Kuala Perlis untuk ke Jeti Kuah selama 1 jam 15 minit sahaja iaitu sejauh  35KM dari Jeti Kuala Perlis. Korang tidak perlu risau, jika korang memandu sendiri kereta dari lokasi korang, banyak kemudahan tempat parking kereta berbayar disediakan. Bagi korang  yang selalu mabuk laut, atau mempunyai anak kecil, kami cadangkan korang naik feri dari Jeti Kuala perlis.

Setibanya kami di Jeti Kuah, kami bergegas ke Food Court yang disediakan di Jeti. Kenapa makan kat food court je? Haa. Korang tahu tak kat situ ada menu special yang sangat sedap. Menu tu ialah Roti Bengkaya kukus. Rasanya sedap dan lemak manis sekaya yang digabungkan dengan kuah santan lalu dimakan dengan roti kukus. Memang Umpphhh! Seriously talk, korang kena cuba kalau berkunjung ke Langkawi. Harga pun murah dan berpatutan. Nanti uolls cuba tau!

Selesai bersarapan, kami menunggu kereta sewa yang telah ditempah awal sebelum ke sini. Kami memilih kereta sewa daripada (Kak Rin). Kami memilih daripada beliau kerana harga yang dikenakan sangat berbaloi, murah, selesa, pendek kata perkhidmatan yang ditawarkan memang memuaskan hati. Korang kalau datang ke sini, boleh call kak Rin tu ye. (Kereta sewa & tour guiding 0134551802)

BACA JUGA :   Malaysia Negara Berdaya Saing. Kedudukan ke 8 di Dalam Dunia.

Perut pun dah kenyang. Jadi, kami mulakan perjalanan kami di Pulau Langkawi. Jom, ikuti ke mana sahaja  kami pergi.

Homestay Teratak Warisan di Jalan Bohor Tempoyak, Kedawang.

Harga bermula RM70 sahaja. Di sini, disediakan penginapan jenis homestay dan roomstay. Tapi, kami memilih roomstay sahaja. Bilik yang cantik, bersih dan puas hati sungguh! Kalau korang nak homestay yang best, korang boleh call atau whatsapp Kak Munirah 0125026720, seriusly cakap, owner nye peramah giler so korang boleh tanya banyak perkara tentang homestay dan pakej-pakej yang ditawarkan.

Langkawi
Keadaan dalam bilik Homestay Teratak Warisan

Canyoning/ Waterfall Abseiling, Hutan Lipur Air Terjun Durian Perangin

Di sini terdapat air terjun yang cantik dan mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-batanya yang unik sesuai untuk anda berkelah bersama keluarga. Aktiviti Canyoning ini sangat mencabar, terutamanya jika korang takut kepada ketinggian dan juga air. Aktiviti ini memupuk keyakinan dalam diri korang.

Langkawi
Aktiviti Canyoning yang dilakukan oleh salah seorang Team Deenamik

Nasi Arab Kaki Gunung Kafe, Simpang Gunung Raya

Operasi kedai ini bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam dan ditutup pada setiap hari Jumaat. Menu yang disediakan sangat sedap. Kami memilih menu Nasi Arab Kambing sebagai makanan tengah hari kami. Kalau korang lalu di kawasan kaki Gunung Raya, jangan lupa singgah ye. Nasi yang disediakan bagi satu hidangan sangat banyak, dihidangkan dalam keadaan masih panas dengan harga yang sangat berpatutan. Kami syorkan kepada korang, singgahlah di sini. Pasti tak menyesal punyalah!

Langkawi
Antara menu yang dipesan di Nasi Arab Kaki Gunung Kafe

Pantai Pasir Tengkorak

Pantai ini mempunyai sejarah lagenda tersendiri. Banyak kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah, tandas, surau, meja untuk berkelah dan pondok di tepi pantai. Pantai Pasir Tengkorak ini sangat sesuai untuk korang bersiar-siar kerana keadaan suasana pantai yang tenang.

Restauran Nelayan Teluk Baru

Restoran ini mampu membuatkan selera makan korang bertambah-tambah! Kami dihidangkan dengan makanan yang segar. Ada ketam, sotong, siput buluh, Kupang, kerang dan banyak lagi. Makan sampai menjilat jari baq hang!

Langkawi
Team Deenamik sedang melihat pelbagai jenis makanan Laut yang disediakan
Langkawi
Antara menu yang disediakan di Restaurant Nelayan Teluk baru

Pantai Chenang

Kalau korang nak tengok gelagat pengunjung dan penduduk Langkawi pada waktu malam, di sinilah tempatnya. Kalau korang nak pergi ke Pantai Chenang, korang kena masuk ke dalam sikit, sebab disekitar pantai telah ditutup dengan deretan kedai-kedai jualan. Disini juga merupakan syurga membeli belah dan tumpuan pelancong.

BACA JUGA :   SAMBUNG PENGAJIAN DI RUSIA DENGAN MUDAH
Langkawi
Keadaan suasana Pantai Chenang di waktu malam

Nasi Dagang Pak Malau

Nasi dagang bukan hanya di Terengganu tau. Kat Langkawi pun ada. Nasinya yang lembut dan lauk yang sedap. Rasanya rugi kalau korang tidak cuba makan nasi dagang ini. Lokasinya terletak di Jalan Makam Mahsuri, beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 2 petang.

Langkawi
Team Deenamik sedang menemu bual pemilik Nasi Dagang pak Malau iaitu, Pak Malau sendiri
Langkawi
antara menu juadah yang disediakan di nasi Dagang Pak Malau
Langkawi
Menu yang menjadi pilihan Team Deenamik

Makam Mahsuri

Ini merupakan tempat di mana ikon lagenda Langkawi, dikebumikan. Kota Mahsuri ini dibuka pada jam 8 pagi sehingga pukul 6 petang. Disebabkan kami berkunjung pada waktu pagi, kami tidak sempat untuk menyaksikan teater Lagenda Mahsuri. Teater ini dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 3 petang.

Langkawi
Team Deenamik bergambar di hadapan pintu masuk Kota mahsuri

Berbasikal menjelajahi kampung

Memang best giler lah! Kalau korang teringin untuk merasai pengalaman masuk ke kampung sambil melihat suasana bendang dan haiwan, aktiviti ini memang sesuai untuk korang. Tapi, bagi yang dah lama tak kayuh basikal tu, hampa rasalah sendiri penatnya. Hihi. Tapi best gilerrr!

Langkawi
Salah seorang Team Deenamik sudah bersedia untuk memulakan aktiviti berbasikal mengelilingi kampung
Langkawi
Suasana persekitaran kampung dan ditemani oleh Instructor/ Tour Guide, Encik Harry

Restoran Kak Yan Nasi Campur

Setelah penat berbasikal, alang-alang kami berada di lokasi berdekatan dengan Kampung Padang Gaong, tidak lengkap kalau kami tidak singgah makan tengah hari di restoran ini. Beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Tapi, korang kena datang awal tau! Selalunya pukul 2 lebih gitu semua lauk habis dah. Menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk masakan kampung dengan menu special kerabu bronok. Bila korang sampai ke Langkawi, jangan lupa tau mai sini. Ikan bakar dia pun sedap-sedap belaka.

Langkawi
Antara lauk-pauk yang disaljikan di Kedai Kak Yan

Pantai Tanjung Rhu

Apa yang menariknya kawasan ini adalah ianya merupakan kawasan persendirian dan perlu daftar serta mematuhi peraturan sekiranya korang nak masuk. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi, korang boleh drive masuk. Hihihi.

Selain itu, kami juga berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat menarik lain seperti beras terbakar, Kompleks Kraf Langkawi, The Perdana Stable Horses, Telaga Harbor Park & Marina  dan akhir sekali ke Haji Ismail Group (HIG).

Disebabkan masa amat mencemburui, percutian kami berakhir di Dataran Lang dan kami terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket feri pada pukul 7 malam.  Ini merupakan feri yang terakhir tau! Kalau terlepas, mereputlah kami kat situ.

Langkawi
Team Deenamik bergambar di hadapan pintu masuk 3D Art Langkawi
Langkawi
Telaga Harbor Park & Marina, Langkawi
Langkawi
Team Deenamik sempat singgah di Hutan Lipur Air Terjun Temurun, ia merupakan air terjun tertinggi di Langkawi
Langkawi
Team Deenamik berpeluang melawat The Perdana Stable Horses
Langkawi
Salah seorang Team Deenamik bergambar di Pantai Tanjung Rhu
Langkawi
Haji Ismail Group (HIG)

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here