PetronasBermula 1 Mei ini, pemegang-pemegang Kad Petronas Mesra bakal menikmati faedah Perlindungan Kemalangan Peribadi selama sebulan.

Ini merupakan peluang tawaran berbentuk eksklusif melalui kerjasama antara Petronas Dagangan Bhd (PDB) dengan Shieldcard Holdings Sdn. Bhd. dan Zurich General Insurance Malaysia Bhd.

Menurut laporan BERNAMA, PDB merupakan syarikat  bahan api runcit di Malaysia pertama yang menawarkan peluang sebegini.

Petronas

PDB akan memberi perlindungan 24 jam, dan ditawarkan dalam pilihan konvensional serta takaful, memberi anggotanya imbuhan  sebanyak RM50 sehari sebagai Bayaran Hospital Harian selama 30 hari bagi setiap peristiwa yang diinsuranskan.

Tambah lagi, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, anggota kad Mesra, keluarga atau waris berhak menerima pembayaran tunai sehingga RM25,000 (meningkat kepada RM50,000 jika peristiwa yang diinsuranskan berlaku pada hari cuti umum yang diwartakan oleh kerajaan.

BACA JUGA :   Bank Negara Bakal Keluarkan Kerangka Kerja Bagi Tangani Inflasi Insurans Perubatan

Petronas

Semua angggota kad Mesra akan menerima maklumat melalui  pesanan ringkas (SMS) atau emel daripada Petronas mengenai faedah Perlindungan Kemalangan Peribadi (PA) percuma ini.

Menurut Ketua Divisyen Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly, kerjasama yang terjalin adalah hasil daripada pemerhatian pihaknya terhadap keperluan para pelanggan bagi meningkatkan faedah terhadap program kesetiaan melalui perkara penting dalam kehidupan seperti perlindungan insurans. Pembabitan dalam perniagaan penyediaan bahan api membolehkan pelanggan sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat, terutamanya pada musim raya akan datang.

Petronas

Pemegang kad yang ingin terus menikmati faedah perlindungan ini untuk bulan berikutnya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan untuk menyambung langganan mereka dengan 100 mata Mesra (bersamaan RM1) akan ditolak daripada akaun kad Mesra mereka.

BACA JUGA :   Bagaimana Untuk Menuntut Bayaran Insuran Sekiranya Kereta Anda Dilanggar Ambulans ?

Sumber: BERNAMA 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here