Sempena hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) AirAsia terpaksa menambah jadual penerbangan domestik diantara kawasan Semenanjung Malaysia, Semenanjung Malaysia – Sarawak dan Semenanjung Malaysia – Sabah.

 

Hal ini berikutan ramai yang mahu pulang untuk mengundi di kawasan DUN masing-masing pada 9 Mei akan datang.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dijangka akan menambah jadual penerbangan kepada 120 penerbangan, termasuk 20 penerbangan lain menggunakan pesawat Airbus A330 yang menyediakan 337 ruang tempat duduk para pelanggan.

airasia
sumber foto : Traveller.com.au

Kadar tambang bagi penerbangan itu ditawarkan bermula pada harga:

          #1. Laluan sekitar semenanjung Malaysia RM 99. [link]

          #2. Semenanjung Malaysia ke Sarawak pada harga RM 129. [link]

          #3. Semenanjung Malaysia ke Sabah 199. [link]

Tempoh asal tawaran penerbangan itu dibuat pada 8 hingga 10 Mei akan datang, tetapi syarikat AiAsia membuat pengumuman untuk menambah satu hari awal lagi iaitu pada 7 hingga 10 Mei nanti.

airasia
sumber foto : Album of Life

“Tempoh perjalanan asala dari 8 hingga 10 Mei bagi tambang tetap yang disediakan oleh kami, tetapi perkara itu akan dilanjutkan untuk meliputi 7 hingga 10 Mei nanti,” ujar pihak penerbangan itu.

Namun begitu, masyarakat yang ingin pulang ke kawasan DUN masing-masing tidak perlu risau kerana kadar tambang ditawarkan akan kekal sehingga tempoh yang telah ditetapkan oleh AirAsia.

airasia
sumber foto : Remaja

Selain itu, syarikat penerbangan AirAsia juga merupakan syarikt penerbangan pertama yang membuat penawaran tambah murah kepada seluruh rakyat Malaysia. Hal ini adalah sebagai usaha membantu orang ramai melaksanakan tanggungjawab sempena PRU14.

airasia
sumber foto : Perak Today

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket penerbangan AirAsia pada kadar harga ditawarkan sila layari laman utama tempahan di sini.

Sumber : malaysiandigest

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here