Usaha pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis selama ini sebenarnya dimainkan oleh seorang individu disebalik Presiden Donald Trump. Individu yang sangat berpengaruh dan sentiasa memberi sokongan kepada Trump untuk menjayakan misi tersebut.

 

Loading...

Terguris hati masyarakat seluruh dunia, khususnya kepada umat islam apabila presiden Amerika Syarikat membuat keputusan secara mengejut pada awal tahun ini.

Sebenarnya, disebalik keputusan dibuat oleh presiden AS itu ada seorang individu yang sentiasa berdiri dan membantu usaha itu untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel.

trump
sumber foto : Pars Today

Malah pemindahan tersebut juga telah dirancang untuk diadakan sempena ulangtahun ke-70 penubuhan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 (14 Mei 2018).

Namun begitu siapakah individu disebalik D. Trump? Individu itu adalah seorang yang berpengaruh, Sheldon Adelson, 84, merupakan pengasas terbesar di Las vegas Sands dan juga penyokong kuat PM Israel Benjamin Netanyahu.

trump
sumber foto : CalvinAyre.com

Adelson ini berbangsa Yahudi-Amerika, beliau hanya menunggu masa saja untuk meraihkan kemenangan misi pemindahan itu. Sekiranya Trump berjaya kotakan janji menggerakkan kedutaan AS ke Baitul Maqdis maka berseronoklah si Adelson itu bersama bangsa Israel.

BACA JUGA :   Pemindahan Kedutaan AS Ke Jerusalem Pada Mei Tidak Akan Dilewatkan

Jika sebelum ini, Adelson pernah meminta bekas presiden AS, Barack Obama berbuat demikian, tetapi ditolak kerana beliau tahu tindakan itu bakal mencetuskan kucar-kacir dan menjejaskan perundingan antara kedua-dua pihak terbabit.

trump
sumber foto : npr.org

 

Individu ini sebenarnya mempunyai agenda besar iaitu mahu negara Palestin ditakluki oleh bangsa Israel. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Adelson termasuklah menuduh rakyat Palestin  mahu memusnahkan Israel.

Selain itu, Adelson juga pernah berselisih faham dengan S.U Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson. Perselisihan itu berpunca apabila Tillerson memberi pandangan bahawa pemindahan itu bergantung kepada proses rundingan  perdamaian semasa wawancara tv Meet the Press Mei yang lepas.

Di watu yang berlainan pula, jutawan itu telah memberitahu Trump bahawa rakyat Palestin tidak boleh dijadikan rakan rundingan dengan Israel. Jadi, mereka perlu bertindak walaupun tidak mempunyai persetujuan yang rasmi dari pelbagai pihak.

BACA JUGA :   Pemindahan Kedutaan AS Ke Jerusalem Pada Mei Tidak Akan Dilewatkan
trump
sumber foto : The Hill

Sekiranya misi tersebut berjaya dilaksanakan, Adelson akan menawarkan untuk menampung sebahagian atau keseluruhan kos perbelanjaan kedutaan baharu AS di Baitul Maqdis itu nanti.

Selain itu juga, kemenangan Trump ketika pilihan raya AS yang lepas juga mempunyai kaitan dengan jutawan itu, apabila Adelson mengeluarkan perbelanjaan sebanyak $35 juta untuk membantu Trump menjadi Presiden AS.

Jika kita liha sungguh banyak pengorbanan dilakukan oleh Adelson, dan sudah pasti presiden AS itu mahu membalas jasa atau terhutang budi atas pencapaiannya selama ini.  Jadi, tidak hairan jika presiden Trump itu banyak menyebelahi Israel dan menolak tepi soal hak rakyat palestin.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here